This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Syawal dah tiba..

Su tak sempat nak mengonline pun. Ni pun curi-curi masa jap. Sekarang dah berada di rumah mertua, tahun pertama beraya dengan suami dan berjauhan dengan keluarga. Sayuuuu.... Tapi kesibukan malam raya buatkan su tak terasa sangat. Suami pun selalu bawak pergi shopping raya, bertambah tak terasa lah ketiadaan keluarga. Itulah ubatnya.. HE HE. 

Persiapan raya sudah mencukupi. Alhamdulillah....
Korang macam mana raya tahun ni, berapa pasang baju raya? kuih raya berapa jenis?
Persiapan raya macam mana???

Su nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua, maaf zahir dan batin.
4 comments

Last day, beraksi...

My last Day Intern... 
Alhamdulillah.. selesai jua. Memang tak sabar nak habiskan latihan industri. Sebab, sangat penat membanting tulang kena buli oleh senior-senior ( saya redha T__T ). Su seronok bekerja kat sana, cume stress sikit, itu biasalah kan. Asalnya, su memang dah pernah buat latihan industri disana masa ambil diploma dulu. Tapi bezanya, dulu wat intern secara beramai-ramai. Sekarang sorang2 je. Memang sume keje kena buat sorang, PENAT seyh! Last Day, mood bekerja tak berapa menggunung. Tapi kerja yang tak berfaedah memang dialu-alukan pada masa tu. HAHA.. Su ngan syadah main mekap-mekap secara berleluasa di tempat masing-masing, kebetulan pula syadah memang jurusolek merangkap jurufoto, jadi dia nak lepas gian untuk menconteng muka su secara bebas.. Saya rela!!

Ini aktiviti berfaedah kami. Snap..snap..snap...



Yang paling best, editor su bagi kuih dan duit raya. $$$$

2 jejaka tersebut adalah mentor su , abg ujang dan abg zam.

Nota Cinta: Jangan lupa  dapatkan Majalah URTV versi raya ( cover Erra, Aaron,fiz0, Fouziah gous dan Mia Sara). Sebab apa? Heee... belilah dulu baru tahuuu. Yada yada!!! Terima Kasih Warga UKSB. Amuuuuahhh!
1 comments

Ramadhan yang Indah

Assalamualaikum semua? Sihat? Salam Ramadhan dan selamat menjalanai ibadah. Ramadhan yang begitu indah buat su tahun ini. Berpuasa, bersahur dan berterawih bersama suami. Sudah menjadi isteri orang, memang besar tanggungjawabnya. Tapi alhamdulillah.. segalanya indah dan mudah.. Semoga keindahan ini berkekalan hingga Akhir hayat. 

Cerita dibulan ramadhan.
  • Menyiapkan makanan bersahur. Sebelum ni tak pernah pon menjenguk dapur semasa sahur. Tiba-tiba makanan dah tersedia di meja. Sekarang, pagi-pagi dah bangun walaupun mata separuh je terbuka. Panaskan makanan yang dibeli semasa berbuka. (Iya!, saya mengaku tak pernah memasak lagi di bulan ramadhan ini, semuanya dibeli. HA HA) InysaAllah.. kelak
  • Memasak. Dulu mama dan bibik yang selalu masak. Saya tak endahkan pon mereka didapur, duduk di Hall sambil goyang kaki je. Sekarang saya selalu call mama untuk bertanyakan resipi  memasak. Alhamdulillah... Semua masakan, suami suka. LULUS! :)
  • Mengemas rumah. Perkara ni biasa saja. Dulu-dulu pon, sentiasa mengemas..Eceh! Cuma bezanya sekarang, suami menyepahkan, saya yang kemas. Tak adillah bukan!  T___T 
  • Menyiapkan pakaian. Pergi kerja, balik kerja, sebelum tidur dan selepas tidur, pakaian suami saya sediakan dulu, dari yang kecil hingga ke besar. HEE~ Rutin ini mudah.. Puas hati bila suami pakai apa yang dipilih oleh isteri! SUKA!

Nota Cinta: Nak berbuka makan apa eh hari ni.. Hem.. hemm.. 7 comments