This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Seven month

Ini cerita semalam..
Semalam su pergi buat pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak untuk kandungan 7 bulan ke atas. Kali ni pemeriksaan dibuat secara terperinci berbanding bulan-bulan yang lepas. Pemeriksaan dari atas sampai bawah (maksudnya dari mata sampai ke kaki) tak terkecuali dibahagian18sx. Perut su, dipusingkan2 seperti bola, sebab nak tengok kedudukan bayi. Lepas tu dengar denyutan jantung bayi. Denyutanya, alhamdulillah normal. Sampai ke bahagian payudara.. *ehem-ehem* dibelek2  oleh nurse seperti membelek majalah. Pertama kali, orang lain berani membelek *ehem-ehem* sendiri tanpa lapisan atau seurat benang. HAHA... *benggong*. Lepas ni kalau korang 1st time pregnant, jgn terkejut pula perkara tu boleh berlaku. Jangan korang maki hamun pulak nurse tu. Tak pasal-pasal korang kena pulau kat situ.

OK, lepas tu.. su diberi motivasi tentang penjagaan payudara dan diberi kerja rumah. Nurse macam tahu-tahu je su dah habis belajar dan dah tak ada kerja nak buat. Dia suruh su mula menghitung.. ????
Katanya, mulai besok su kena menghitung pergerakan bayi sampai nak bersalin nanti dan pastikan bayi bergerak lebih dari 10 kali dalam masa 12jam dan di tandakan pada buku merah bagi setiap pergerakan. Bayi tak boleh terlalu kerap bergerak atau kurang bergerak kerana dikuatiri bayi dalam perut mengalami sesuatu perkara yang tak diingini. So, kalau perkara tu berlaku, cepat-cepat pergi jumpa doktor.

Selepas selesai dimotivasi. Ada perkara terakhir su kena buat...

Su kena ambik suntikan, bagi wanita yang pertama kali mengandung. Sementara nak tunggu, macam-macam duk fikir. Rasanya bertahun-tahun tak kena suntik. Dahla memang takut jarum. Tapi buat muka cool je, sebab tengok jarum tu kecik je, apa adahal kan! Tiba turn su, nurse tanya nak suntik tangan mana? su jawap mana-man pun boleh. Tapi nurse sarankan suntik di tangan kiri, sebab kesan ubat tu boleh buat kebas selama 2 hari so tangan kanan bolehlah bekerja. Masa tu masih buat muka cool. Sebab rasa macam boleh handle je keadaan tu. Bila dah dicucuk! Walawaeyhhh!!!! terasa sampai ke tulang, suntikan tu tak sakit.. tapi ubat tu... adoi! muka tetap control cool weyh! padahal lepas di suntik tu, terus masuk kereta dan membebel seorang diri. Sambil memandu pulang ke rumah dengan sebelah tangan. Memang superwoman!  (^__^)

Keadaan  superwoman selepas di suntik! HAHA
Kerja rumah yang perlu dibuat!

Nota cinta : Kesan ubat tu kuat sangat. Sampai ke hari ni masih rasa kebas. T___T
5 comments

Baby's Kicking

Bulan jun pun dah muncul. Bulan ni, bulan untuk su bersantai dan berehat aje. Exam pun dah habis 2 minggu lepas, sekarang ni, tinggal nak kemas-kemas barang sikit. Lepas tu bertukar menjadi suri rumah sepenuh masa. Kali ni, su nak cerita pasal Baby dan pregnancy. Pregnancy secara jujurnya memanglah indah. Bukan sahaja sebab ada "dia" dalam badan sendiri, tetapi sebenarnya pregnancy mendekatkan lagi dua insan dengan Allah. Setiap kali su teruja bila melihat perut yang semakin membesar, Alhamdulillah baby berkembang dengan baik sekali. Setiap kali perut kena 'kick' rasanya sangat awesome dan indah walaupun kekadang tu tak selesa dibuatnya. Baby semakin aktif, lebih-lebih ketika malam. Sampai terkejut-kejut dibuatnya, but i can feel the baby. 

Su percaya tentang kuasa pancaindera bayi dalam kandungan. Di mana baby sedang berkembang ketika ini. Baby dalam proses kenalpasti suara ibu dan bapanya. Dan saya mengambil peluang ini  dengan memperdengarkan lebih banyak bacaan Al-Quran, selalunya selepas sembahyang su akan membaca Al-Quran dan surah-surah ibu mengandung seperti surah maryam, luqman dan yusof. Bukan tu je,sekarang pun, su sudah banyak berkomunikasi dengan baby. Semua benda pun su akan bualkan, tapi bila su bersendirian lah. Kalau depan keluarga atau suami, kurang sikit.  Contohnya " harini mommy makan bubur nasi Mc D, anak mommy mesti sukakan". Setiap kali nak makan, mesti memperkenalkan pada anak dulu. HAHA...

My tummy oso, semakin menegang dan sometime rasa sesak nafas.. Dah lah menegang diserikan pula dengan urat kebiru-biruan ni. Memanglah sexy! HAHA. Pengalaman pertama berperut boyot, sangatlah comel bila dilihat di depan cermin. Itulah Kuasa ALLAH! Perut dah berusia 7 bulan lebih. Baby semakin kuat menendang. Setiap malam sebelum tidur, baby akan bermain-main dalam perut ni, sampailah rasa nak terkencing. Kadang-kadang bila dah nak terlelap, baby akan kick my tummy, dan terus tak jadi nak tidur. Notty!

Su percaya. Kejadian ini memang satu nikmat besar bagi ibu-ibu yang sedang hamil. Macam satu aktiviti yang ditunggu-tunggu tak kira masa. Su selalu luangkan masa yang terlalu banyak menghadap perut. Pastu su usap-usap sambil berbual-bual dengan baby. Buat masa sekarang ni, su tak sempat nak record lagi, setiap kali cuba nak record baby tak bagi respond pula. Sama jugaklah bila my husband focus pada perut nak melihat tendangan anaknya, masa tulah baby berkeadaan tenang dalam perut. Kesian daddy.

gambar hiasan

Nota Cinta : Thanks baby sebab ‘tendang’ mommy.
11 comments