This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kau yang satu

Harini tengok cerita kau yang satu.  Nama tajuk pun dah boleh rasa cerita ni mcm mana.  Macam2 perasan ada bila tengok cerita ni.
Watak yg dimainkn oleh aaron aziz sebagai taufik memng bersahaj, dia pegang watak suami yg ego, panas baran, arrogant but sweet n romantic tu memang makanan dia.  Menjadilah!
Izzara pulak sbgai salina seorang gadis kg yg polos dipaksa kawen dgn taufik seorang lelaki bandar yg sosial.

Bagi aku cerita ni biasa2 je jalan ceritanya.. Lelaki bandar Kahwin dengan pompuan kampung.  Suami ade gelfren supermodel. Di tgh jalan cerita depa bahgia sebab suami dah berubah. Pastu masok bab gelfren ckp mengandong anak laki tu walhal anak laki lain.  Pastu depa gadoh laki bini.. Pastu bini pasrah balik kg, memujuk hati!  Gituuu.  Pastu, bini dpt taw anak yg dikandung oleh gelfren suami. Sah!  Bukan anak suami dia ngn gelpren dia..  Pastu babak pujuk memujuk..  Ek eleeee..  Biasa ja kan??! Ahaaa.. Tapi cerita ni mampu buatkan aku nangis jugak.  Cis! Sebab ianya cerita realiti yang mana aku rasa semua pasangan yang dah berkahwin akan rasa.......

Cerita ni tak berapa berjaya menampat hati aku.  Cuma lakonan aaron aziz yang buatkan aku teringat pada seseorang.  Dan mungkin itu sebab aku dok nangih ja!  Hampeh sunggoh!

Watak izzara sebagai pempuan kampung yg polos dan sopan santun memang baguih.. Dia boleh bawak watak ni dengan muka dia yg suci dan suara dia yg lembut tu.  Sesuai sangat!

Apapun lakokan hisyam hamid tetap hebat jugak walaupon sampingan ja,  jadi poiren lama izzara.. Boleh lah dari takdak.kennn.  Tapi kan... Ang punya kulit muka memang flawless betoi. Aku dok tenung lama jugak.  Jerawat n bekaas jerawat pon xdak eh.  Ang pakai produk apa? 

Hahaha Whathefun!

Apapon enjoy dan selamat menonton!

1 comments

Muhasabah diri...

Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. SALAH MEMILIH SUAMI. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ?
Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya. Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.
"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."
inshaAllah 🌹 1 comments

Doakan aku bahagia



Ya Allah..
Sesungguhnya, aku tidak dapat menahan dugaan yang kau berikan.
Aku hampir lemah dan tersungkur.
Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharunginya.
Seandainya Dia Baik Untuk Diriku, Agamaku, Duniaku Dan Akhiratku.
Tautkanlah Hati Kami Dan Meterailah Sebuah Ikatan Suci..

2 comments

10 Perkara Anda Perlu Buat Bila Usia Cecah 30 Tahun

1. Simpan duit
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.
3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.

5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.
6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.
7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.
8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.
9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.

Apa pun, hakak baru 25 tahun keyh. Belum terlambat utk buat 10 perkara di atas.. Ngehh
0 comments