This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Lepas geram

Alhamdulillah.. keputusan exam sem lepas dah keluar. Semuanya Chantek!. Sem baru pun dah tiba.. sibuk susun jadual baru, kelam kabut la sikit dengan sibuk bekerjanya lagi. Blog pon dapat update 2minggu sekali je.. T__T
Semalam, selepas sekian lama tak berhibur.. Su ajak kawan2 g tengok wayang lepas balik keja. Layan movie midnite cite Focker. Tapi awal2 cite tu su tak paham sangat, sebab su tak tgk part 1 dan part 2.. tetiba terus tengok part 3. Cerita tu sesuai untuk tontonan 18tahun ke atas eh. Kanak2 tak dibenarkan..Takut ngigau. Haha.. Rasa dah lama sangat tak tengok wayang. Banyak cerita baru tak tengok lagi. Su nak tengok cerita the Tourist plak pas ni, best tak ehh?? Lepas habis nonton wayang, dak2 ajak g minum tapi su tak join sebab penat sangat. Lepass VrooOommm sampai umah. Terus zZzzzzz....


Lepas habis tengok wayang.. posing takle lupa..

*Entry lepas ni, su akan perkenalkan buah hati baru su.. tunguuu* 0 comments

Kerja..kerja..Lalala

Pejam celik, dah seminggu su kerja. Memang hebat kepenatannya, sampai tak sempat nak update blog. Hari ni Su cuti..Seronok tak hengatt, nak tidoooo, Makan tido makan.. Vest!! Mingu lepas, su dapat shift pagi, masuk kul 7pg sampai 3 ptg. Besok dah start kerja balik, dapat shift malam laks.. memang harulah dibuatnya, masuk kul 11malam sampai kul 7pagi. Boleh ke tak mata su ni bertahan. Ohhh saya tidak biasa! kena minum nescafe KAW punya sebanyak 4 tin. Baru takleh tido kot ^-^ Semoga berjaya untuk diriku. Chaiyook!


Hensem tak, uniform saya?
Dalam masa yang sama, su tengah nevers ni.. result dah nak kelua.. T__T sangat takut. Hopefully semuanya lulus. Aminn...ok dah! cukup mengupdate buat hari ni. Tata kawan-kawan.


Update: Monday


Alhamdulillah.... Result dah kelua, semuanya LULUS. Tapi detail result tak tahu lagi..Hopefully result kali ni sangat aman. ^-^
2 comments

Masa untuk Bekerja

Lama sesangat dah bercuti dari memblog. Sejak bermulanya cuti semester, memang mode bercuti sudah di activated kan.. Sampai terlupa pada blog sendiri. Ada yang rindu sama su tak? ecece...tau dah..Takde kan. I know, who I am.. T__T
Sepanjang percutian ni, su sempat pergi rumah along su kat kelantan selama 10hari, then pulang ke Kuala Lumpur, selama 3 hari untuk berjumpa dgn CINTA. ehemm...syhh! Sudah puas melepaskan rindu terpendam. Semalam balik ke Penang kembali untuk mencari kerja. Hari ni, selepas zohor pergi mencari kerja serata bandar penang. Tesco, jusco, Qbays, 7E dan sewaktu dengannya. Alhamdulillah.. sebelum balik rumah, last interview su dah dapat kerja. Yehhooo! So, besok dah mula kerja. Jadi Ternampak sangat, lepas ni lagilah susah nak memblog. Bz dengan kerjalah katakan. Uowls jangn rindu kat su lelama ye. Ada masa nanti, su update *wink.
♫ ♪ ♫ ♪ Duit-duit dimana kau duit, Duit-duit hutang ku dah berbukit.. Lalala.... ♫ ♪ ♪ 0 comments

Rahsia Di Dalam Ais



Salam semua..
Disebabkan su telah digelar oleh rakan2 " Hantu ais". Su nak kongsi sedikit info tentang Ais. Su tau, banyak juga keburukan tentang ais ni. Tapi apa salahnya kita ambil yang positif dulu kan.
Jom, layann..

- Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia

- Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

- Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

- Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

- Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

- Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

- Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

- Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

- Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

- Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

- Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

- Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.Mandi air sejuk akan menguatkan tulang.

- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

- Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.

- Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

p/s: Hantu ais bukan bermaksud hantu yang diselebung dengan ais. Tapi, maksudnya.. orang yang suka makan ais. Macam Saya!!
1 comments

Keputusan "My Bestfren Contest"

Ta taaa raaa... Dah dapat keputusan untuk My bestfren COntest. Tahniah kepada yang menang. Yang tak menang tolong nagis ramai2 T____T ( Su dah nagis guling2 nih)
Keputusan contest ni ada beberapa peringkat.. Sebab ramai orang yang join. Wah2.. Sambutan hangat ye cik Bulat. Lain kali leh anjurkan contest lain pulak.. Hee~


Tengok haa.. bukan main ramai peserta yang join kan. Memang peninglah cik bulat nak wat keputusan.

SETERUSNYA...
PARA PESERTA YANG BERJAYA KE PERINGKAT KE-3


ek ehh.. gambar su masih adalah.. wee~ ^__^

PESERTA YANG BERJAYA KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR


aik.. masih kekal lah.. wohoooo..

TAPI...Sampai ke peringkat separuh akhir je. Pastu dah kalah. Jom nagis sekali lagi ! T____________________________T
Gambar dan cerita yang dipertaruhkan tak dapat mencuit hati juri kot..
Cik bulat " kami berdua kurang cute ke"? hahaha...
Tapi takpelah, dapat masuk list TOP 3 pun.. Dah kira ok. Seronok! Hurmm...Takde rezeki untuk dapat hadiah.. uwargghh!! Btw, Terima kasih ye Cik Bulat., nanti wat contest lain plak.. Pastu bagi su menang plak eh... ehh.. Haha.
Dan tak lupa pada pemenang..Tahniah!

Sumber: Gambar di ambil dari blog Cik Bulat..
3 comments

25 random facts about Me

Salam.. readers.
Su di tag oleh Miss Nesa.
25 random facts about Suhal


1. Suka main Games
2. Suka makan ice.. ok2 saya tau tidak baguskan. T___T
3. Gila lensa
4. Suka shopping!
5. Suka simpan duit, tapi cepat juga habiskan.. ^__^
6. Jatuh cinta sama Shahrukh khan sejak kecil lagi
7. Fav food. Sambal sotong kering dan sambal ikan bilis. Yummy!
8. Terror masak meggi
9. Warna hijau? I likee...
10. Suka berkaraoke sambil berjoget, Best!
11. Malas nak baca buku dan suka conteng buku.
12. Suka cerita romantik. Cerita seram? Tak suka!
13. Suka pakai heel, even dah cukup tinggi.
14. Teringin nak jadi guru.
15. Suka dengar lagu Hindustan sambil Joget.
16. Anak ke-3 dari 4 adik beradik.
17. Saya CINTA dia ( gigi Senget)
18. Teringin nak pergi Disneyland
19. Boleh bermain piano
20. Nak Kawin umur 25, tapi skg dah 24. T__T
21. Keluarga no. 1
22. Mempunyai Ibu yang sangat sporting.
23. Suka drift. (sampai mama pernah kata, "takleh drive secara sopan ke") Hahaha
24. Suka bercakap. Blaa bla blaaa...
25. Nak Jumpa Shahrukh khan laaaaaaaaa

Hah.. Siap dah! Now, nak Tag kat rakan2 lain plak. Kita tengok siapa yang kenaa...
ayong
Nieja
Warnida
Anip 2 comments

Contest My Bestfriend

Assalamualaikum, Namaste, Sawadikap dan Hello tu all my readers. Kali ni su nk join "Contest My Bestfriend", ini kali kedua su join contest2 ni. Takde sapa2 pon yang TAG, su jalan2 kat blog kawan2 then nampak contest ni kat blog Cik Bulat, sangat menarik Ok! terus terasa nak join.. Tapi kalau nak cerita pasal bestfren ni, susah sikit. Takot2 ada yang terasa hati. Sebenarnya hanya beberapa orng ja kawan su yang benar2 boleh diiktiraf sebagai kawan baik. Diantaranya Elma, Maizatul, Eieen dan Fairuz. Tapi untuk contest ni su cume letak satu jek gambar. So..kawan2 yang lain jangan terasa ye. Sebab syarat untuk contest ni, leh letak satu jek gambar. Kalau boleh letak banyak, su da letak gambar korang. Jangan sedih2 eh.. I Love u 2 3 4 jugak.

Syarat2 dan peraturan
  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina.
  2. Gambar tidak terlalu seksi dan ganas.
  3. Tidak kisah berapa orang pun dalam gambar tapi makesure mereka ialah bestfriend kau orang.
  4. Persahabatan berlainan jantina diterima. [ jangan pula hantar gambar kau orang dengan couple/isteri/suami ] hehe.
  5. Pastikan banner di atas diletakkan dalam post entry kau orang tentang penyertaan kau orang.
  6. Maklumkan pada aku tentang penyertaan kau orang dalam comment entry ini beserta URL blog kau orang okeh.
  7. Hantarkan satu gambar yang kau orang rasakan terbaik. SATU ONLY.
  8. Explain tentang gambar dan ceritakan tentang bestfriend kau orang :)
Sapa2 nak join leh la klik Sini yeh, dan gambar yang su letak.. jeng jenggg... Cak!!


You all meh dekat2 sikit, su nak mula cerita tentang jejaka yang dalam gambar ni. Haahh! jangan fitnah ye, ini bukan kekasih, suami, tunang, abang mahupun pakcik su. Dia ni adalah Kawan baik su dalam bahasa omputehnye My Bestfriend. Ok, Kita mulakan dengan nama dia dulu. Nama jejaka ini ialah Mohd Fairuz, su selalu panggil dia dengan gelaran yuz. Su kenal yuz dah hampir 10 ke 11 tahun, sejak su dibangku sekolah lagi. Yuz tinggal di Johor dan su pulak duk kat Kl, cara kami berhubung melalui surat je..dulu2 nak beli hp tak mampu. T__T sekarang yuz dah bekerja di sekitar KL.So, dah xperlu post2 surat ni. Hehe...

Yuz seorang yang baik hati, peramah, kadang2 terlebih bijak.. dan yang paling best dia mempunyai suara yang merdu, bak buluh perindu..kalau tak percaya u all boleh search kat you tube dengan tajuk lagu "Cinta Tak sehaluan - Qface" Sure lentook, wa cakap lu. Haha.. Bila ada masa terluang kiteorng kelua sama2, gosip2 sket. Bla..bla blaa..
Dan sampai sekarang kiteorng still keep in touch each other. Kesian, terima Kasih..

0 comments

Cuti-cuti Cinta

Wahh.. Harinya sudah tiba.
USM dilupakan Seketika.
Malaysia " Selamat Tinggal"
Doakan su selamat pergi dan pulang.
Jangan rindu su lama-lama ya.
...............................
Yeay! Tak sabar nak bercuti. Muah! 1 comments

Hai, Cute tak saya?


Toink..toink. Chatek tak character kat atas ni. Character ni dihasilkan oleh Cik Nesa yang baik hati. I Likee.. Ada masa pulak nesa wat character ni kan. Asngment dah takde eh? Hehe. Takpelah, janji Comel. Hampir sama dah dengan watak su yang sebenar. Pakai t-shirt n jeans.. Serius! suka suka sukaaa. Haha.Btw, Tenkiu Nesa. I lebiu.
P/s: Kalau rajin, buat lagi ye. Muahh haha

Update:
Haa.. baru perasan, yang paling mahal dekat situ, gelang hitam nujum pak belalang saya! Hahaaa... sangat sweetlah Nesa oii..
3 comments

Sayalah Doktor CINTA kamu!

Harini hari Rabu. Besok Hari Khamis dan semalam hari selasa. Haha.. Tak tahu nak tulis apa. Tapi, nak tulis jugak. Harini, su ada pengalaman baru yang nak dikongsikan bersama pembaca. Su menjadi Doktor. Doktor CINTA untuk kamu ya! siapa yang ada masalah soal Cinta, boleh rujuk pada su ok. Haha. Bajet pulak. Takdelah! sebenarnya harini su ade shooting video P.E.C.A.H. Video ni dibuat oleh budak2 New Media From Skol of arts sebagai Final project dorang. So, su diminta memegang watak Doktor. Su ni, bukanlah terror berlakon, kalau setakat nak merapu tu boleh lah. Scene yang nak dibuat sekejap je. Tapi sebab nak menghafal dialog tu..bukan main susah, hampir 2 jam jugak baru abeh shoot. Seronok, dapat menjadi doktor buat seketika. Siapa kata budak SENI tak boleh jadi DOKTOR? "Pandanglah..Lihat..lah.. Tiru macam saya.."
Sedang beraksi di kaca KameraPose "Seorang Doktor ^_^

Su with Nesa (sebagai pesakit)
5 comments

Aku dan McFlurry

Su sangat bosan, walhal mempunyai banyak asgment yang perlu dibuat. Tapi, slumber dodol je.. Duduk buat benda lain. Sekarang su di McDonald's sebelah USM, melepaks sambil mencari ketenangan nak buat asgment. Walaupun sebenarnya tak tenang, Bising dan sangat sejuk.. Su pergi McD sebab terasa nak makan McFlurry yang dah hampir setiap hari munucl dalam tidurku..Harini, dapat juga melepaskan gian untuk menikmatinya.. Yummy! Ok. Su malas nak type lagi.. Biarlah gambar yang bercerita..Jom!

T.A.M.A.T
7 comments

Main Air

Semalam sudah marah2.. Harini pula, pergi mencari ketenangan dengan cara bermain air. Sangat Menyeronokan. Teruja bila nampak air. Yahooo! Petang tadi, su balik rumah kejap sebab terasa nak berendam di dalam kolam. Bukan kolam jiran rumah, atau kolam di PISA tu..Ini kolam di Kondominium tempat su tinggal. Hee~ Mesti korang peliks ni, kataa.. tinggal di hostel USM. Betul2! Sebenarnya su asal dari penang, memang di besarkan di penang. Tapi sekarang dah menetap di KL. So.. Keluarga memang ada beli rumah disini untuk persinggahan dan dijadikan tempat berkumpul dengan ahli keluarga. Itulah kisahnya. Seronok sangat, ditambah pula dengan layanan buih-buih yang mengurut su di dalam air.. Memang rileks habaq angg. Ha ha.. Disamping dapat membakar beberapa kalori dalam badan. Ini dikira exercise gak la. Jom layan gambar!


Suasana di persekitar

Inilah bubble yang mengurut badan su dalam air. Best!

Jangan disangka air yang tenang tiada DOLPHIN
3 comments

That's enough

Sejak kebelakangan ni, su tak dapat duduk dengan tenanglah, ada saja benda yang menggangu fikiran. Tak kira dengan asgment yang macam tak banyak sangat, tapi memeningkan ditambah dengan masalah dengan KAU, lagi lah kusut. Semua benda dibuat serba tak kena. Memang sgt Damn! Su taknak bermadah2 lagi. Harini, hari Marah sedunia. So, nak cakap lepas je..
"Pasni, ko nak buat apa, nak jadi apa..Bukan urusan aku lagi, Aku tak mau tahu. Ko jangan ganggu hidup aku lagi! Paham?! Pergi main jauh-jauh ye. Syuh syuh~"

Ini bukan kes salah faham! Ini sebab ko punya perangai macam... *&^%$#@!%~
Takpe2, lepas ni ko xkan jadi gila yang mcm ko selalu cakap. Aku akan blahh! SEMAK dah pale Hotak aku ni!!

p/s from Queen Control: Stay away from me!



3 comments

Wanita Cantik selalu Curang


Masa su duk godek FB, su ternampak rakan2 sedang sibuk berbual pasal topik ni. Bagi su, ini topik yang menarik. Tapi Statement yang dilemparkan macam tak boleh statik pada satu jantina je. Ini pendapat su la, wanita dan lelaki sama je. Wanita cantik atau Lelaki Kacak selalu curang? boleh tak, macam tu? Bagi adil bukan. Haha. Bagi su, cantik ke wanita atau kacak ke lelaki tu atas keperibadian individu tu sendiri.. Kadang2 mereka rasa mereka cantik dan kacak, dan mudah untuk mendapat dan bertukar pasangan sebab tu yang jadi kes CURANG. "eksen la konon". Tapi bagi su, bukan semua, wanita cantik atau lelaki kacak tu curang...mungkin kebanyakan kot yang ada kat luar sana macam tu. Su, pun tak berani nak komen banyak2. So.. apa pendapat Korang??

Pada Su, Hati dan keikhlasan tu yang penting untuk menjamin kebahagian.. Amin~
1 comments

TAG from Nesa

Finally, dapat juga luangkan masa untuk wat entry baru. Kali ni nak menjawap soalan2 yang telah di Tag oleh Miss Nesa yang cumil ;) Thanks Nesa.. Aumm chak!

1. who sleeps in bed next to you?

- Pooh and Siti ( My roomate)

2. what are u doing now?
- Ngah menType sambil nyanyi lagu Hindustan ;D


3. what kind of kuih raye did you make?

- Kuih Tunjuk


4. best day of the week?

- Thursday


5. what really creepy?
- Cicak! eeyuckks


6. what's your current fandom/obsession/addiction?
- Camera


7. what are the colour of your baju hari raya?

- Green, purple, Blue and Black


8. what did you eat for breakfast today?

- Meggi Goreng Mamak


9. what is your aim for this raya?
- Ingin beraya dengan DIA


10. what was the last thing you bought?
- Facial Mask


11. pernah rase kecewa?
- Mestilah T__T


12. sebab ape kecewa?
- Sebab Shah rukh khan xnak jumpa saya!!


13. what is your zodiac sign?
- Leo~ Aummm


14. Do you want to learn other skills?

- Nak belajar menari Tango. Ha ha
- Nak belajar masak, masakan Kampung. Nyum..
- Nak belajar jadi HEBAT ;p


15. where are u now?
- Hostel


16. if you could meet anyone now, who would you meet?

- Nak jumpa Family, My Sayang and My Shah rukh Khan ofcoz..


17. what's something you'd like to say to someone right now?
- I'm Happy with you. Sarang hae. Basyyaa!


18. what are you looking forward to?
- Sleep.. zzzz


19. say something to person who tagged you?

- Muah. Sayang Nesa

20. tagged 8 people
-
Nieja
- Ayong
- Fairuz

3 orang dah la eh.. Malas nak tag orang. Wek! ;p


4 comments

Makan di Kelas

Lagi-lagi jamuan raya.. Hari ni, ada jamuan raya lagi di kelas Teori bersama Dr. Sam. Tapi secara kecil-kecilan je, masing2 kena bawa makanan sendiri. Lepas tu, ramai2 makan. Fair x? Hehe.. Ada yang datang bawak perut je, yang paling best, datang bawak tupperware. Haha. hari ni, su bawak bihun goreng bersama keropok ikan.. Xpercaya eh? Ni..betul2, bukan cobaan. Su, suruh mama yang masak. Haa.. baru percayalah tu. Hampeh T__T

Harini, Happening giles kat kelas. mood untuk belajar pon xde, padahal dalam kelas ada sambungan presentation. Dorang tengah present kat depan, we ouwls makan kat belakang. Haha. Best! Tq for Dr. Sam juga, sebab sporting layan kerenah kami.. dan yang paling penting, rajin masakan nasi lemak dalam mimpi. Yeay! Janji2 mu akan dituntut kelak!

Keadaan makanan yang disusun secara sopan

Bersama adik saya. Lain mak dan ayah, sebab tu dia gelap sikit. Haha~
Dua2 belah tangan ada food. Tamak bukan?
2 comments

Jamuan Raya USM

Pagi2 hari sudah bangun. Pagi hari untuk su hari ni, pukul 12thagri. Haha. syokk woo! bangun lambat time cuti. Puas tidur! Pukul 2 ptg keluar g Gtown, membuat sedikit kerjaan. Sampai pukul 4ptg. Balik rumah, tapaw nasi lemak untuk dimakan bersama kawan2 di hostel. Manis kan saya. Hehe. Malam pula, pergi ke jamuan Raya Usm.. Lepas tu, balik tidur. Tata~
0 comments

Kenapa kau muncul?

Su, baru balik dari melepaks dekat Mc D dengan kengkawan. Harini rasa kecewa sangat, bila tengok gambar yang disnap sendiri.. KECEWA! semakin hari.. semakin menjadi2. Muncul sesuka hati, siap bawak geng plak tu. Kenapa, baru sekarang nak muncul? aku tak rela, oke! Dahla..besok su nak pergi Majlis Hari Raya, malu weyh!! Dari jauh, orang dah nampak. cis! nampaknya besok kena pakai purdah. Biar nampak mata jek, baru Anggun. Ha ha

Mesti korang tertanya2, mende apa yang su maksudkan tu kan.. Haa.. nah! tengok sendiri.
Chantek bukan?! ~#@$%^&*~
J.E.R.A.W.A.T, pergi main jauh2. boleh tak?

Tak dinafikan. Sekarang ni su selalu tidur lewat, mau x mau dalam pukul 3 atau 4 pagi baru tidur. Orang tua2 kata, kalau kita tak cukup tidur, jerawat boleh tumbuh. Betul ke? Haiishh..
Su pun tak taw lah, sebelum ni tak pernah lah jerawat naik sekali banyak macam ni.. memang kena selidik jugak, apa punca nih. Takkan jerawat rindu pulak kan..?! Haha..Kalau jerawat rindu, Hari2 rindu, hari2 tumbuh jerawat. owh NO! tak kuasa makk! auw~
2 comments

Magika by KRU Studios

Align Centre
Setelah sekian lama tak pergi tengok wayang. Hari ni, tibalah waktu nya. Yeah! Seronok sangat..
Movie yang dipilih untuk ditonton hari ni ialah, MAGIKA..Filem muzikal yang pertama di M'sia telah ditayangkan dibawah arahan Edry KRU. Lagu2 dia memang best sangat. Su suka lagu 'Penyembuh Rindu' dinyanyikan oleh Mawi dan Dania Daniel. He he..Jalan cerita pun menarik juga disamping efek2 yang dibuat. Memang superb! Masa tengok cerita ni, terasa hidup di alam fantasi pulak. Ramai pelakon terkenal yang berlakon dalan cerita tu, diantaranya Mawi, diana daniel, ziana zain, nabil (raja lawak), Aznil, ning baizura dan ramai lagi.

Su, pergi berEmpat. Kak Ad, Kak Rasma dan Teha. Muvie start kul 9.40 malam. Sebelum masok panggung, we all g makan Kepchi (KFC). Akhirnya, dapat jugak lepaskan gian untuk menonton wayang.. Wohooo! lepas ni apa pulak? Karaoke?! Bowling?
Sebelum Masuk Panggung at Qbay

Sebelum balik Hostel ;D

Sejuk, berembunn.. grr grr

2 comments

Bad Mood

Hari ni.. Bad mood!
Tido
Bangun
Tido
Bangun
MAKAN..

Kadang2 rasa rindu,
Kadang2 rasa sayang,
Kadang2 raya Oren..
Macam ada yang 'Missing'..
Oh.. nak sambung tido. Jom! 0 comments

Rumah Terbuka 2010

Pejam celik. Dah hampir 2 minggu kita beraya. Last week, ari sabtu su ada wat rumah terbuka panggil kawan-kawan je. Buat di rumah KL. Menu hari tu, Roti Jala + Kari Ayam, nasi impit + kuah Kacang, mee goreng dan kek batik. Hampir semua menu tu, su buat sendiri, kecuali kuah kacang, main order je..yang paling membanggakan bila 1st time buat kari ayam. wah! menjadi. Haha. Teruja seketika.. Jumaat malam, baru sampai KL dari Kelantan aktiviti yang dilakukan masa tu. Mengemas, masukkan kuih raya dalam balang. Sampai pukul 4 pagi baru su tidur. Pagi Sabtu dah bangun kul 9, sambung menghidang dan memasak. Memang tak menang tangan masa nak buat kerja, yela.. masa tu bibik takda. Balik kampung beraya, so.. su sorang je kemas umah. Penat sangat!!
Dalam pukul 2 dah ada kawan2 su yang datang. Alhamdulillah hampir kesemua ornag yang su jemput. Hadir hari tu. Sampai malam ada lagi yang datang, last pukul 10 mlm. Then, rumah tertutup sudah! He he. Btw, su nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang, yang jauh, yang dekat, yang dah bertahun tak jumpa pun ada. Thanks taw!
Antara rakan-rakan yang sempat di 'snap' gambarnya. ;)







yang baju itam tu.. Tuan rumah ye
0 comments

Doktor CINTA

Demam + Batuk + Selesema. Hari ni mood tidak menyenangkan. Terasa nak tidur je sepanjang hari. Tak larat nak makan, nak mandi, nak berak, nak kencing, nak makan ubat, nak buat asgment, nak jalan, nak g kelas, nak drive..semua TAK LARAT.. Mana doktor CINTA saya? T__T
Haaaaaaachum!
0 comments

Jahanam!!

Sial!!! memang ah manusia mcm ni aku sumpah jadi lipas! biar aku boleh spray pakai ridsect, biar mati kejong! pastu aku pijak sampai lunyai! Pepagi ni, buat aku hangin. Dah la aku duk wat asgmnt sambil duk tunggu nak sahor ni. Baru je siap 1 asgment, niat nak anta by email. Boleh plak, bila bukak email je, aku nampk 1 mesej dari someone. Aku pun tak kenal dah, dari mana ntah datang. Mesej tu membuatkan mood aku berubah, memang mengjengkelkan betol! mcm nak berak jek atas kepala orang yang anta msg tu. Bajet Hebat! aku nak buat apa, aku punya sukalah! ko buat apa, ade aku kesah? pastu nak tuduh aku fitnah2 dia plak. Memang bullsh** $#@^&*^%.
Sah2 aku tak fitnah pon, Takde pon aku tuduh ko wat bende yang bukan2.. JAHANAM!
Engkau ngan kawan2 kau, sama jek perangai.. Dah la ganggu hidup aku tanpa izin, pastu nak rosakkan hidup aku plak. Korangnya hidup dah jahanam, jangan pulak nak jahanamkan hidup aku. Aku tak kawan ngan orang macam korang pun, aku tak rugi!! Aku tetap juga ada kawan2 aku, aku tetap ada keluarga. Engkau ada??

Apa yang Engkau duk bising-bising tu.. aku tak kata kat ko pun weyh! ada aku mention nama engkau ke? kalau takde, ko boleh BLAH!! ni bloq aku, suka suki aku la nak tulis apa.. Kalau tak senang? Ko bakar jek ko punya PC or Laptop! Pergi main jauh-jauh..syuh! syuh!
0 comments

Makan-makan

Hari ni, Tak de buat apa. Tido bangun, nonton TV. Tak kemana2 pun. Alhamdulillah hari ni cukup 2 hari dah puasa. Walaupun dugaan kat rumah ni.. Humanggaihh! Dorang makan ikot suka saja. Nasib su leh tahan. He he.. Dah seharian dirumah, baru Along ajak berbuka diluar. Makan di Chim chum, steambot dan bbq. Memang best, harga per person dalam RM13.90 without air, murahkan? memang berbaloi makan kat situ. Yang peliknya cara dia masak bukan pakai dapur elektrik tu, tapi pakai arang. Kalau lepas abis makan, confirm baju bau asap. Tapi disebabkan makanan kat sana best2, memang tak heengat apa dah. Ha ha..Selalu kalau su balik Kelantan sejak kebelakangan ni memang akan singgah situ.
2 in 1 okeh!

sapa dah siap makan dulu, kena gilir2 jaga baby Q.
0 comments

Raya ke-4

Hari ni su dah start puasa enam. Semua pelik kenapa cepat sangat puasa. Haha.. Time rajin dah sampai, macamni lah jadinya.. Hari ni rasa ngantuk sangat, bangun pagi tadi..pagi ke? Haha..tengahari kot? pastu mamai semacam. Dok main ngan anak buah su yang comel tu. Qaef rizq Hidayat. Lepas tu, keluarga ajak pergi jamuan makan kat rumah sedara, tapi su tak gi sebab takot terMakan nanti.Ha ha.. so, sekarang ngah duk sorang2 kat rumah diorang semua belum balik lagi.
Bosan sangat dah ni, layan internet ngan movie je sepanjang hari. Waktu nak berbuka dah tak berapa lama dahh. Maybe, masak telor goreng pastu makan makan ngan nasi dengan serunding daging.tuuu jek yang ada kat rumah.. Sob sob T__T

Edit - 12.20 a.m
Lepas berbuka tadi. Semua dah balik. Pastu, along ajak su keluar gi KB Mall. Lalulintas agak sesak, kalau time raya2 ni memang comfirm kelantan penuh dengan warga asing. Bukan warga Indonesia atau bangla ye, Ha ha..Maksud su, orang dari negeri lain. KL, Melaka, Johor dll. Sampai KB Mall, takde wat apa pun. Jalan-jalan dan adalah beli barang sikit. Dah kul 10.20mlm, papa duk call2 suruh cepat balik sebab nak ajak main Bunga Api, Hari2 Main benda alah tu.. pembekal nya pakcik din. Kalau ikutkan hati su, tak yah main pun takpe..membazir je. berhabis2 beli bunga api, 1 hari sampai RM100. Membazirkan? haa.. tapi takpe la. Bukan duit su.. Ha ha. Now, su nak sleep dah. T A T A~

with Qaef Rizq Hidayat my nephew

Dah layak jadi emak orng dah. Haha..
0 comments

Selamat Hari Raya '2010

Dah masuk raya ke-3 baru teringat akan blog su ni.. Rindu nak menulis, tapi malas giler nak menType! haha.. Apapun, sebelum terlambat.. su nak ucapkan kat semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Tahun ni su beraya di Kampung, Kota Bharu Kelantan. di rumah Along su. Suasana beraya tahun ni sama je dengan tahun2 yang sebelumnya, cuma ada beza sikit. Perasaan rasa kurang seronok, entah kenapa..Macam ada something yang tertinggal. Tapi su tetap raikan dengan biasa seperti sebelum ni. Raya pertama, pagi2 lagi dah pergi sembahyang raya ngan keluarga dekat area Mulong berhadapan dengan stesen minyak Caltex keluarga su. Lepas solat, mama dan papa bagi duit raya dekat kanak-kanak di Caltex, memang setiap tahun akan buat benda yang sama. Lepas da selesai bagi duit raya, su dan keluarga balik rumah nenek.Berkumpul dan bermaaf2an. Petang sikit, pergi ziarah saudara mara.
Raya ke-2, Rumah nenek ada buat rumah terbuka. Pergi sana sampai malam. Tak banyak aktiviti dilakukan pada hari tu.. Makan, tidur je ;)
Raya ke-3, Tak ke mana2..duk rumah je. bangun dari tidur rasa lapaaarrr. Masak telor goreng ngan ayam goreng. Superb! Duduk rumah sepanjang hari, lepas maghrib sedara mara datang rumah ajak main mercun. best juga. Tapi su tak layan sangat, tak berminat! Haha..Tu je la story, selama 3 hari beraya ni. Agak bosan disini sebab takde geng. Rasa tak sabar nak pulang ke KL. Jumpa kawan2 semua..
"Missing you" Selamat Hari Raya
0 comments

Gatal Tangan

Assalamualaikum.. pembuka bicara.. aiseyhh! gewdiks la kan.. nak bermadah2..Dah lama tak tulis blog sendiri, sampai rasa segan nak tulis. Hari ni entah kenapa rasa nak tulis blog, mungkin sebab tanganku gatal.. haha..Takde lah, ni sebab su rasa bosan tahap gaban. Haihh!
Sekian lama tak tulih blog ni, rasa nya ada hampir 1 tahun. Time nak raya baru nak update.haha..
Tadi pagi baru sampai KL, balik Kl pon sebab nak jumpa kawan2 dan pergi shopping raya. 1st day sampai umah, takde benda nak wat, nonton TV dan memfacebook je lah..Papa balik penang, adik su (rina) pergi keluar bersama kawan2 sampai berbuka puasa. Sekarang su duk sorang kat uma.. Dah tak tau nak berbuka apa ni, kereta dah takde gi anta ke bengkel tadi pagi. Godek2 dapor, jumpa bahan2 nak buat spegethi. Nasibb!! kalau tak, su minum air susu n makan kurma jek. Haaa! sudah time nak masak spegethi, nanti su update lagi.. heee~
Bahan2 yang su jumpa kat dapur untuk buat spegheti. Hampir Complete!

Taraaa! Asal boleh. Dah siap!!
0 comments