Pejam celik. Dah hampir 2 minggu kita beraya. Last week, ari sabtu su ada wat rumah terbuka panggil kawan-kawan je. Buat di rumah KL. Menu hari tu, Roti Jala + Kari Ayam, nasi impit + kuah Kacang, mee goreng dan kek batik. Hampir semua menu tu, su buat sendiri, kecuali kuah kacang, main order je..yang paling membanggakan bila 1st time buat kari ayam. wah! menjadi. Haha. Teruja seketika.. Jumaat malam, baru sampai KL dari Kelantan aktiviti yang dilakukan masa tu. Mengemas, masukkan kuih raya dalam balang. Sampai pukul 4 pagi baru su tidur. Pagi Sabtu dah bangun kul 9, sambung menghidang dan memasak. Memang tak menang tangan masa nak buat kerja, yela.. masa tu bibik takda. Balik kampung beraya, so.. su sorang je kemas umah. Penat sangat!!
Dalam pukul 2 dah ada kawan2 su yang datang. Alhamdulillah hampir kesemua ornag yang su jemput. Hadir hari tu. Sampai malam ada lagi yang datang, last pukul 10 mlm. Then, rumah tertutup sudah! He he. Btw, su nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang, yang jauh, yang dekat, yang dah bertahun tak jumpa pun ada. Thanks taw!
Antara rakan-rakan yang sempat di 'snap' gambarnya. ;)



yang baju itam tu.. Tuan rumah ye


edit.jpg)
0 comments:
Post a Comment