This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Marathon Berbuka Puasa

Cerita-1

Menjadi Tradisi aku dan kawan masa sekolah dan masa belajar di universiti. Mesti akan dapatkan slot berbuka puasa bersama. Boleh dikira masa tulah nak bersembang sampai kedai tutup. Macam2 cerita. Aku pun dah boleh move on. So, ceritalah apa yang boleh. kenn..Berbuka dengan geng2 USM. ada beberapa orang je, sebab ramai last minute tak dapat join. Tapi kiteorang on jugak.
Semalam set berbuka di The Gr4vy F4ct0ry, NU Sentral.

Harga tak setanding hidangan. Sorry to say lah ye. 1st time aku masuk situ.. aku pusing2 tengok juadah yang dihidangkan.. pusing2 situ je.. Menu pun sikit. Ada, lontong, spagetti, tomyam, nasi putih, sate, dan beberapa lauk. boleh hitung pakai jari. dan beberapa jenis kuih je. agak sadis di situ. Air dua jenis je. Oren dan honey tea. Then, bila aku tanya dessert ada tak? dorang jawap, dessert tu kuih muih la.. ok. Faham! atleast bagi la. ABC ke, ice cream ke. Hurm... dah la tu. bab menu tak payah cakap la. pastu boleh buat masa pulak. untuk buffet dari kul 6.30-9malam. Then pas kul 9pm semua makanan buffet di simpan, dan disambung dengan makanan ala-carte. yang memang kena charge lain harga nya. Memang agak pelik. atau aku yang jakun. Ntahlah...aku tak pernah makan tempat macam ni. Patutlah, masa call nak buat tempahan tu, kawan aku tanya menu, dorang bule jawap. Menu bertukar setiap hari. ok2 lagi faham.. Takut orang tau menu korang yang ntah hape2 tu kenn?ok aku bagi 2.5 star je ye! k Bai! 
Owh lupa. Harga RM55 sorang. Kau rasa????! Pada aku tak berbaloi! Baik ko beli kat bazar je. Haaa! (apasal entry kali ni emosi sikit ntah? )


Sikit je ambik gamba, sebab hati lagi sakit. Kah kah kah..

p/s : Dapat jumpa ngan korang2 memang best. Tak puas rasanya. InsyaAllah, aku buat open house! Kite sambung chit-chat lagi...Tapi, jangan tak datang pulak!

Cerita-2 

Disebabkan semalam makan tak puas, harini aku berbuka kat Sunway putra hotel pulak. Yang ini memang terbaik! Tak penah mengecewakan! Hakakk bagi 5 bintang! Setanding dengan harganya lah kan RM 138 sorang. Semua, jenis makana ado.. masakan kampung, arab, jepun (sushi), westen,ABC, rojak, berapa jenis kerabu, kek, ais cream dan macam2  lagi laa.. kambing tergolek2 pon ada. tapi aku dapat tengok je. sebab aku x makan kambing.. Huu.. 
Kelua dari hotel kul 9.45mlm, pastu terus g sunway putra mall pulak. Dapat rembat 3-4 pasang baju anak.cukuplah! Aku punya? besok aku sambung shopping... Ngehhhh

Jangan percaya sangat ngan gamba ni. banyak lagi makanan kat sebelah tu.. 



0 comments

Terkenang

Pejam celik.. Anak sulung kesayangan saya ni dah hampir 4 tahun.. Rasa kejap je masa berlalu.
Please don't grow so fast my dear! Mommy akan rindu moment masa kamu kecik2. Sekarang pun dah terkenangkan gelagat kamu masa kecil dulu..Mommy tak heranlah kalau dulu kamu boleh jatuh dari baby court walaupun mommy dah pasang pagar paras paling tertinggi. Sekarang baru mommy boleh kaji. patutlah.. rupanya... anak mommy ni superhero. apa benda yang tak dipanjatnya sekarang ni. Panjat, lompat, lari, guling, semua mainan dia. Fuh! dan paling tak tertahan, barang kat rumah.. apa yang tinggal pon tak tahu lagi. Meja kaca di tendang nya.Pecah! Almari kaca dilanggarnya Pecah! Mainan semua dibuang2 dan dibaling2. Bila mommy tanya kenapa awk baling2 mainan tu? Dia jawap "biarlah...." bukan main sakit jiwa mommy mendengar jawapan awak yang slumber tu kan.. (sambil2 urut dada) itu satu hal.. Tak masuk lagi, setiap pagi nak kejut pergi sekolah. Setiap pagilah dia akan mengelat cakap " abang sakit perut" "abg sakit mata tak boleh buka". Setiap hari alasan yang dia bagi berbeza2 plak tu...mommy tak tertahan jugak sebenarnya tengok kelaku awk ni..ketawa akhirnya.

Ok bab makan. saya suka. sebab anak sulung saya ni dikira pemakan juga orangnya tapi tengok makananlah. Dulu masa kecik2 kemain susah nak bagi makan. kena gendong bawa pusing satu taman sambil suap makanan, itu pun belum tentu habis makanan tu. Sekarang, dia adalah peminat setia masakan saya, apa yang saya masak semua dia makan habis dan disudahi dengan pujian. "mommy masak sedap ah, abang nak makan habis-habis" ok.. saya mampu tersenyum je masa tu. Padahal goreng nasi je.  Haha.
Faaeq Syamiel nama diberi, anak sulung saya.

Tak lupa juga untuk anak kesayangan mommy yang sorang lagi ni. Dah masuk 1 tahun 7 bulan. Sekarang bukan main banyak kerenahnya. Pandai berebut mainan dengan abangnya. Pandai berbalas cakap, walaupun apa yang dia cakap mommy tak faham. Boleh diharap dah, setiap kali mommy buat kerja rumah contohnya, angkat baju di ampaian, dia akan sibuk keluar rumah minta baju2 tersebut untuk dia masuk kan ke dalam bakul dalam bilik. Sweet bukan?

Kalau time tidur plak, saya tengah syok tengok TV, bila dia dah mengantuk dia akan tarik tangan saya masuk bilik, tu tanda dia nak tido dah.atau kalau mommy buat tak tahu jugak, sebab sibuk tengok cerita abam shah rukh khan ni. dia akan redho dan tidur juga tapi mesti atas dada saya. MasyaAllah sesak nafas! Anak kedua saya ni agak manja, dari kecil dah nampak sifat manja. Tak boleh marah dia, terus nangis, tak boleh tertinggi suara akan touching. Nak tidur mesti berkepit, kalau saya lari kejap g toilet pun dia boleh terjaga dan terus menangis. Masa tu rasa macam buat marathon di pagi hari. Kau rasa?? haihhhh

Bab makan, jangan ditanya. Semua Nak.. tapi dalam kuantiti yang sedikit dan bermacam jenis. Sentiasa berselera! Jangan ada makanan kegemaran dia depan mata, Pasti dia akan cakap "Wooow!"
Itu kisah adik!

Falisha Sonia nama diberi, anak kedua saya.

Ini diantara perkara2 yang sentiasa buat saya rindu akan anak2 saya. Setiap masa, dimana saja.

p/s : mommy doakan semoga anak2 mommy menjadi anak yang soleh dan solehah, dan senantiasa dibawah lindunganNya. Amin.... 0 comments

Diubah dan berubahlah!

Ini lagi satu kisah yang boleh aku jadikan pengajaran buat diriku atau pembaca2 diluar sana. Petikan dari facebook.
UNTUK MENGUBAH KEADAAN, KITA SENDIRI MESTI BERUBAH.
(Satu petikan cerita...)
Satu hari saya bersembang sama2 dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir2 nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.
Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.
Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai baling barang kesana kemari. Abah tahu, anak2 semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang2 asing2. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.
Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar2 frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.
Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.
Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah2 malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?
Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah. Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. "Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."
Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.
Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.
Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"
Abah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?"
"Saya benar2 ingin berubah kali ini, saya benar2 ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."
Emak engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"
Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa2 sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.
Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
Mata emak engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2"
Abah tarik nafas dalam2, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.
Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"
"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"
Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia.
Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba2 emak engkau menangis dan peluk kaki abah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".
Perlahan2 abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap,
"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak"
Abah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Patutnya saya yang tanya soalan itu"
"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
Emak engkau renung abah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia"
"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"
Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"
Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi.
Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.
Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

P/s: pastinya penceraian itu tidak berlaku, bila kita fikirkan anak2 kita. Sebab tu Allah swt kurniakan kita  anak untuk mengeratkan lagi hubungan. Tapi aku sendiri keliru masih ada lagi manusia yang ingin bercerai demi kebaikan anak2.. Apa yang mereka fikirkan aku tak pasti. Tapi itulah hakikat. Bila emosi lebih tinggi dari ImanNya. Wallahualam... Dan aku simpati pada anak2 yang terlibat dalam perceraian ibu bapa mereka. Apa yang mereka rasa kita tak tahu? Apa yang akan dilalui oleh mereka nanti pun kita tak tahu... Yang aku tahu aku sedih. Semoga anak2 ini dilindungi dan sentiasa bahagia hingga akhir hayat. 
0 comments