This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Pingat pertama

Tak sabar ni... Tak sabar sangaaaat.. nak update blog..
Su nak gtaw korang..Su dapat pingat!!!!!
Yahoooo! pingat pertama taw, sejak jadi penghuni USM.
Finally dapat jugak.. Seronok tak hengat..
Hari sabtu dan ahad baru2 ni, berlangsung Termasya Olahraga Tahunan yang ke7 USM.
Su join secara suka2 untuk wakil Desa Bakti Permai. Tahun lepas pon join juga.. Tapi Kalah..
Hari pertama, kami lawan dengan desa Cahaya Gemilang dan Aman Damai, dan hari kedua kami lawan dengan Desa Restu dan akhirnya dapat masuk ke Pusingan akhir dan tewas dengan Staff Kesihatan yang memang semuanya SIHAT.... Kami dapat tempat ke-2. Kira ok la kan (^-^)

...Dan pada hari yang sama juga, Sabtu dan Ahad baru2 ni.. Su kena menghadiri satu bengkel dari pukul 9pagi - 5 ptg. InSPIRE program, kena illus buku untuk student2 dari Sabah.. gituu katanya..
Haihhh.. memang bz waktu tu, kejap2 lari untuk pergi stadium pulak... Kerja terpaksa ambil cuti 2 hari.
Tapi takpe, kami yang terpilih untuk join bengkel tu dapat bayaran kelak.. Ngehhh ngehhh...

 Hari pertama, sebelum pertemburan. Dalam khemah Bakti Permai.

 Wirawati BAKTI!!

 Finally.. Pingat perak itu.. milik kami.. Muahhhh!!
Nad + Su + Ein

Selesai semuanya.. Su pulang membawa hati yang gemilang..Harini, ambik MC.. sebab tewas dengan kesihatan. Su demam + (srooottt..srootttt) + Sakit otot.. Simpati tak??

Nota Cinta: Su suka dengar lagu Elyana (main Tarik tali)
6 comments

Nak Cuti

Bosan.. bosan dan bosan....
Su rasa macam nak bercuti..
rasa bosan tak hengat!.. rindu pon iya juga..
kalau bercuti di kelantan, dapat lepaskan rindu dengan anak buah.
kalau bercuti di KL, dapat lepas rindu dengan kawan2 dan macam-macam boleh buat...

Boleh...
...pergi Pasar Malam jalan kuching.
...pergi Tasik Titiwangsa sambil jalan2
...pergi Jalan TAR sambil makan kopok leko
...pergi The Curve tengok wayang
...pergi Sunway Pyramid main ice skeating
...pergi Sogo bila Sales!
...pergi Kompleks Mutiara beli ice blend
...pergi Genting main roller coaster
...pergi KLCC tengok air pancut
...pergi Zoo main dengan penguin
...pergi IKEA untuk habiskan duit T__T

Nota Hati :Tapi.. hati berat nak balik sana,
                  Macam ada benda tak kena,
                 Takot sedih dan merana,
                 Sampai tidur pon tak lena...

Wahhh.. tetiba pantun plak kan..HAHA. 4 comments

Jalan2 cari makan

Warghhhh! harini puas tido. Kelas sah2 memang tade. Keje plak masuk kul 7mlm..
bangun hampir tengahari, maksudnya belum tghari.. masih pagi..Hehe..
tu rutin biasa tuk pelajar macam su. Kalau cuti jangan harap nak bangun awal..kan kan...
pas bangun terasa lapar pulak..memang tade plan nak kemana.. Tapi rasa nak makan banyak2.. sebab sejak 2 menjak ni su makan dah tak menentu..so.. Harinilah.. harinya! yehaaa!!!!
Finally, Su wat keputusan nk g jalan2 sambil cari makan kat Qbay, ngan ein kawan su..
Sampai2 je, terus g beli sushi untuk di tapaw.. then pergi food court order k.teow tomyam + cendol (ein punya, tumpang mkn skali) + nescafe ais.
Yummmmm...yumm.. gila tak hengat.. makann...

cendol yang kurang sedap. *** bintang je su bagi

  K.teow yang sangat umph!! thumb up buat beliau.  

Belum habis dekat situ..lepas abeh makan kat food court, we all g jenjalan lepas tu kan kan..
Su beli benda ni pulak...... jeng jeng jenggg.......

Hot & roll (crispy peanut) walla!! rasanya sgt mengancam..
Share with miss ein. Sharing is loving kan..

Hahh.. dah pukul 6! balik.. balik! time keje. Jomm!
6 comments

Hari Terbuka PP Seni USM

Harini ada Hari terbuka Pusat Pengajian Seni USM, dan harini juga buat pertama kali main alat muzik untuk persembahan Wayang Kulit untk pembukaan. Su main Gedombak, sejenis alat muzik macam gendang. Cuma nak bezakannya gedombak ni ada lubang angin di bawah.
Pelawat yang datang kebanyakan pelajar sekolah menengah sekitar Pulau Pinang.. Dalam 5, 6 buah sekolah gak yang datang. Memang ramai. Masa tulah su nak tunjuk bakat yang terbendam ni. Sampai budak2 tu cakap " wah.. terrornya akak". See! kan dah ckp, su berjaya menunjuk2. HAHAHA... padahal senang je nak ketuk gedombak tu, siap leh pejam mata lagi.. Hehhh.. Sedang bangga diri ni. Heeee~
Ok2 tukar topik sekarang........
Kumpulan kami sempat main 6 buah lagu. Pada belah petang pulak, su dan kawan2 sempat buat bengkel mengajar pelajar2 sekolah cara bermain alat muzik tradisional ni, semangat sungguh dorang sume. Diantara alat muzik yang kami ajar spt canang, gedombak, mong, kasi, dan gong.
So.. lepasni sapa nak belajar alat2 muzik tradisional ni, buleh la cari su (^_^)
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA......

Yang su pegang tulah Gedombak.

 Kumpulan Wayang kulit

 Bengkel mengajar pelajar sekolah

Nota : Syabas buat Kumpulan Wayang Kulit USM! 2 comments

Tak jadi Dating dengan...

Harini, su sedih ah.. tak dapat dating dengan DIA..
Dah janji nak spend time sama2.. jam 2ptg sampai 5ptg.
Tetibe jadual kerja berubah.
Su kena masuk kerja pukul 3ptg.
Sangat Damn! T___T

Tapi, sekarang sempat dating ngan dia kejap..
Dapat tengok dia beraksi..
Seyes.. rindu sangat kat kamu!


Mesti korang tengah duk fikir bukan2 eh..
Harini sepatutnya su dah janji nak dating ngan Shahrukh khan kat TV 3..
Hahahaha..
Aku memang gilakan dia.
Cerita tu banyak sangat kenangan.
Bila su tengok, mesti akan senyum sorang2.
Memang sweet..

Ok. Sudah time, bekerja. T A T A
Shahrukh khan ku.. Muahhh

Nota: Hati ini sedang Gila (Dil to Pagal Hai)

Akulah.. 'Maya" itu...
5 comments

Bila mula bertudung

Entry sangat suspen kan?
Tadi su pergi photoshoot di sekitar penang..
Berkonsepkan Muslimah.. Nice ok!
Memang sangat best.
Penat tu.. takyah pikir, penat sangat..
Belah petang baru shoot habis..
Pada malamnya pulak su kerja, masuk pukul 11 malam sampai 7 pagi..
Walaaweiii! memang bersengkang mata ah time keje.
Sekarang ni pun duk curi tulang kat tempat keje sambil mengupdate Blog. (^_^)
Su malas nak bebel pagi2 ni..
Korang layan lah picture yang dah diambil tadi k..
OKEH!
Layann.. zasssss!!





Baiklah2.. Su tau, korang ngah kutuk2kan..
Takpe2, sekarang korang leh jadi pengkritik ye.
Sekurang2nya, lepas ni. Su boleh wat yang lebih baik lagi.
Thanks korang!
TA TA

p/s: InsyaAllah, Su akan bertudung kelak. Aminn~ 
9 comments

Kuatkan Hatiku















Bermacam2 dugaan yang su hadapi sekarang.
Sampai tak tercapai akalku.
Kenapalah benda2 yang macam ni sering terjadi pada su.
Sampai satu saat, sampai rasa nak lupakan segalanya yang pernah berlaku dulu.
Hati su terlalu sakit.. SAKIT!
Nak pergi kerja pun dah takde mood..
T__________________________T
Bila difikirkan kembali,
Kenapa su perlu bersedih. sedangkan mereka sedang gembira dengan gelak tawa..
Takpelah, hari ni hari kamu..
Saya akan ingat.. taw!!

Lepas ni su akan kuatkan diri..
Memang akan lupakan semua tu. InsyAllah..

Ya Allah,

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku wanita yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

* Sematkanlah ia menjadi sebuah kenangan buat ku..
3 comments