This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Barbie Doll

Su mencuba konsep baru..
kali ni lebih mencabar,
Inginkan kelainan..
Jadi, su pilih konsep BARBIE DOLL..
Insiparsi dari cewek comel ini.
Selena Gomez
serius, dia memang COMEL


"



"



"

Mengenakan potongan rambut yang berbeza..
mencalitkan beberapa warna di muka..
fokuskan solekan pada mata dan bibir..

 ...dan, su terusss bertukar.

 TARAAA!!


....dan inilah hasilnya.
Oke, Sekarang korang bule mengkomen dan mengkritik secara bebas..
Tenkiu. Muah~

Nota Cinta: Rambut itu yang banyak membantu.. (-_-)
6 comments

... dalam botol

Seronok dapat keluar ramai-ramai..
Su baru je lepas balik dari nonton wayang.
Cerita "...dalam botol", memang teringin sangat nak tengok cerita tu, sebab cerita tu  berpandukan kisah benar. Ramai pelakon yang hebat turut menjayakan cerita tersebut diantaranya Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid, Diana Daniell dan lainya. Jalan ceritanya agak slow..Bagi penonton yang suka tengok cerita action dan nak tengok cerita ni, mesti rasa cerita ni sangat membosankan. Tapi, kalau korang buleh feel betul2.. korang bule layan la. Cerita "...dalam botol" ni mengisahkan tentang kehidupan pasangan Gay (Arja Lee/Rubidin) yang membuat keputusan untuk menukar jantinanya dengan memotong .......(tuuttt) untuk menjadi seorang perempuan(Ruby). Nak tau lebih lanjut pasal cite tu, korang tengok la eh.

Kebetulan pulak, kami memang plan nak tengok cerita ni dengan pelakon utamanya, Arja Lee. So, kami nonton secara ramai dan buat panggung tu macam kami yang punya.

...bersama Arja Lee a.k.a Ruby (dalam cerita "...dalam botol")

Lepas nonton.. bergambar secara bebas. (^__^)



Lepas habis nonton, we all pergi makan kat kapitan. Su lapar, Su pesan nasi goreng! (tetibaa..) 
so, korang tengok la eh cerita ni.. TATA

semangat..bercerita~ at Kapitan
10 comments

Masih ada yang Sayang

Alhamdulillah... segalanya dah selesai dengan baik.
EndingNya pun sangat bahagia.
Jumaat dan sabtu lepas, su pergi Yan, Kedah untuk menyertai Program anak angkat.
Memang tak sangka, su diterima dengan baik. Seronok sangat.
Terasaa..."Masih ada yang Sayang"
Jumaat malam kami sampai di dewan Sg. Limau, dan diberi sedikit taklimat dan terus diagih2kan kepada keluarga angkat masing2.. Su sampai ke rumah  dalam 11 tghmalam.. bersembang sambil mencicah buah pelam dan kuah rojak buatan mak.. Jadi, kami tidur hampir jam 3 pagi. Bila dah jumpa, rasa macam dah lama kenal.
Keluarga 'Mak' sangat baik.. Tetibe..Su teringat 'Mak yang di Alor star'. Sama baik.
Seterusnya, aktiviti bermesra telah berlaku.. 'Mak' dan keluarga layan su, macam keluarga mereka. Mak masak macam2, risau takut su lapar. Pagi2, selepas bangun.. Mak tanya su " selesa tak tidur?" Ya..Allah, selesa sangat. Rasa macam taknak bangun..Sambil gelak.."
Mak sediakan nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan.

Ini Keluarga baru su.
  • Caq sorang yang agak tegas tapi sangat lawak.
  • Mak pulak sangat sweet, bila dia cuba nak bercakap.. sebab macam kelaka.
  • Kakcik, lembut orangnya. Bila dia mula bercakap, bule mencuit hati.
  • Dik shu, Manja orangnya.
  • Dik Juni, suke bercakap.
Ini bilik yang dah di setup oleh Mak untuk su beradu bak naga keletihan. HAHA

Bersama 'Mak'. Sweet  mak senyum :)

Aktiviti pertama dibuat pada pagi sabtu.
Su pergi melawat rumah Orang Kurang Upaya(OKU), sangat sentap dibuatnya. Sampai hampir menagis. Sebab akak tu mula menagis. Ya Allah, sayuu hati ini.
Tapi.. bila ambik gambar.. tetibe SENYUM.. ape kes? huhhh

Dan, lepas tu kami pergi bergotong royong mengecat rumah salah seorang penduduk dekat situ. Penat seyh! walaupon, xdelah byk sangat keringat ini mengalir. Tapi memang penat. Sebab cuaca sangat panas.


Di sekitar kawasan gotong royong,
Su bersama orang kuat kampung Sg.Limau
Pak said(kiri) dan Pak teh(kanan)
Dan akhir sekali, aktiviti yang kami lakukan ialah sukaneka bersama penduduk kampung dalam keadaan hujan. Kami redah je, untuk menikmati hadiah. Kumpulan su dapat tempat ke 3. (Maaf, tak sempat ambil gambar, sebab sedang sibuk beraksi.Hehe)
Belah malamnya.. Kami bersiap2 untuk pulang ke USM. Mak bagi macam2 kat su : pekasam, kain batik, buah pelam, belacan, kopok, cili jeruk dan kuah rojak buatan mak. Babak sebelum pulang, agak sayu.. Sebab sedih nak berpisah dengan mak dan keluarga. Mak peluk su kuat2. Nasib su tak nangis. T__T
Takpelah su niat, nak berjumpa mak lagi minggu depan. InsyaAllah.
Thanks 'Mak'...

Nota Cinta: 'Mak' jangan lupa su ye..
10 comments

1 Tahun

  • Dah besar dah dia..
  • Comel sangat..
  • Dah pandai sebut 'CAT'.Tapi ...tak pandai sebut 'maklang'   T__T
  • Gigi pon dah tumbuh 2 batang..
  • Maklang dah rindu sangat kat dia..

  • Bagilah apa saja, sumenya dia nak sumbat dalam mulut. Sedap ke?
  • Rambot pun dah panjang macam rebonding gitu..
Semalam genaplah Qaef Rizq Hidayat (cuyiz) berumur 1 tahun. Keluarga Along buat makan2 kat rumah, panggil jiran2. Tapi su tak dapat join, sebab jauh sangat.. di kelantan, kebetulan semalam su ada program lain. Takpelah, takda rezeki. Nanti kita celebrate lain di sini.
 
Dia..
Satu2nya anak buah su. Memang jadi kegemaran ramai.. Kalau jumpa, siap rebut2 nak jaga dia.. yelah, makciknya ramai.. Mesti kena gilir2 nak jaga. Rindu neh!!
   
 Alhamdulillah.. semalam, selesai majlis ulang tahun 'cuyiz'.
HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU!
Semoga jadi anak yang baik dan soleh..
Maklang sayang cuyiz.. Ammmuuuuaahhhh!
11 comments

Aku dalam watak

Pejam celikkkk...
dah masuk minggu ke-12, lagi 2 minggu.. da cuti study week!
so.. sebelum cuti, memang banyak la kerja nak disiapkan.
Tengahari tadi ada kelas lakonan.. mood memang kena mantain~
so..buat masa ni, jangan ganggu su! sebab......
AKU DALAM WATAK..
nak ambik mood bukannya senang. Next week dah kena perform untuk Trial.
Dialog pon sangkut2 dan kostum pun belum disiapkan lagi.. memang banyak benda tak settle lagi.
Su kena berlakon......
TAPI, tanpa pelakon lain. korang faham tak?
maksudnya.. kita kena berlakon sorang2.. Tapi, makesure watak tu kena hidup dan nampak real!
serius ahh susah, kalau ada hero ke.. xpe la jugakk kan. ^____^

Korang nak taw tak.. su pegang watak pe? ngehh..ngehh..
Su preview sket2 ehh..
watak ni memerlukan su bercakap tak henti2 ( memang sesswai.. HAHA),
pastu kena jadi orang yang jenis mulut becok dan suka jaga tepi kain orang. Omaigod!! susah kot...
Last week, dah perform kat depan lect.. Then lect cakap, " dialog u bagus!..tapi, u tak cukup becok.."
wah2! tak cukup ke? haaa.... tungguuu leeeeeeew~
Ok, nextweek su akan update lagi.
Good luck 4 me..Chaiyokk!!!

Dalam kelas Lakonan, tengah ambil mood..
bercakap sorang2 depan cermin. Gila tak?
T____T
7 comments

Disebalik WARNA itu...

Hari ni.. su keluar lagi,
ambil mood berwarna-warni,
supaya hati lebih berseri,
untuk lalui hidup ini.

 Nota Cinta:  Hidup ini tak berwarna-warni seperti dulu,
                     ...kemana hilangnya warna itu?? 8 comments

Kami Berlima

Ini cerita semalam..
Semalam....

Kami berlima...
plan nak pergi tengok persembahan tarian sabah dari beberapa buah Universiti di Dewan Budaya USM..
Tetiba hujan lebat...

Kami berlima...
redah je hujan tu...

Kami berlima..
Sedih T__T sebab tiket dah habis

Kami berlima...
plan, ke tempat lain.

Mana? Queensbay lah!

Kami berlima...
pergi jalan2 je

Kami berlima...
makan di Jonhnny's

Kami berlima...
posing sakan bila nampak camera

Kami berlima...
Senang Hati.. Lalalala~

Kami berlima...
nak tayang gambar kat korang... (^___^)

OK tak?

Hebat tak?

Sama tak?

MANIS tak?? HA HA HA

Owhh.. sebelum terlupa..
Su nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Buat..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ;)
5 comments