Genaplah umur su 26 Tahun pada 31 Julai baru-baru ni. Hari ulang tahun su jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang sangat indah. Disebabkan puasa jadi, ulang tahun tidaklah diraikan dengan bergitu istimewa, kebetulan, jatuh pada hari kerja, jadi suami pun agak bz dan kepenatan. So hari jadi su diraikan simple2 je berbuka di luar dan jalan-jalan..
Dalam tarikh yang sama juga, keputusan Akhir tahun keluar. Jadi, tak semena-mena perasaan tu terfokus pada keputusan tersebut. Sampaikan, su terlupa hari tu Birthday su. Husband yang ingatkan. Nasib, su tak ingat, kalau tak dah disenaraikan hadiah yang dingini dari suami. HE HE HE. Berbalik kepada result exam, su sangat bersyukur sebab, keputusan yang su dapat tu diluar jangkaan. Alhamdulillah.. menitis air mata, masa tgk result depan laptop dan teresak2 ketika telefon suami di office. Sangat tak sangka! Tapi tulah pengorbanan dan perjuangan untuk kali terakhir dengan membawa perut yang boyot dan anak dalam perot. Hee~ Bila di ingatkan sangat tragis, bertungkus lumus menghabiskan tahun akhir. Dan.. Akhirnya.. ini yang su dapat. Terima kasih Ya Allah...
Inilah hadiah yang terbaik pada ulang tahun su tahun ni, tak termasuk hadiah yang tak ternilai akan menyusul kelak. Su akan melahirkan anak sulung, InsyaAllah.. bulan depan. Doakan semuanya selamat ye!
Nota Cinta : Persiapan, barang untuk bayi, semuanya dah get ready. Tunggu baby aje! Mudahkan lah semua urusan ya Allah..
7
comments


.jpg)





edit.jpg)