This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Tahun 2016

Semoga tahun 2016 dapat memberi ketenangan dan kebahagian dalam hidup su. Apa yang berlaku sebelum ni dijadikan pengajaran dalam hidup. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya! Su kena kuat demi anak-anak.. Susah-susah dahulu, senang dikemudian hari,  InsyaAllah. Allah swt itu maha melihat dan mendengar!

Nota pembukaan di awal tahun 2016. Tahun ketabahan~


0 comments

Lupa PASSWORD!

Walaweiiih!! lama sungguh tak menghupdate blog. Aku terlupa password!! Baru melahirkan seorang anak, segala benda dah lupa. Urat pelupa dah putuslah katakan. Ni, baru ada masa nak reset password. Rindu sungguh nak berblog. Banyak cerita yang aku nak tulis, semua masih disimpan dalam kepala, sampai overload!

Syamiel sekarang dah berusia 8 bulan 14 hari. Pejam celik, dah nak setahun. Gigi dah tumbuh 5 batang. I love u sayang!


Nanti aku sambung lagi. K, Bai! 2 comments

Buah Hatiku

Sekarang dah genap 49 hari. Secara official nak publish gambar buah hati. 
Faaeq Syamiel!
 


Sape leh lawan pipi paling gebu dan labuh faaeq syamiel ni..Angkat tangan! 
Hidung, mata, kening, mulut ikut sapa? yok teka! 

Nota Cinta : Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha :)
6 comments

Lahirnya dia...

Assalamuallaikum...
Alhamdulillah, tepat jam 9 pagi pada 03.09.2012 (isnin) di Gombak Medical Centre, lahirlah seorang bayi lelaki yang hebat, kacak, penyayang dan penyabar yang diberi nama Faeq Syamiel Bin Mohd Faizal, buah hati su.. Sekarang su dah bergelar ibu. Rasa bagaikan mimpi. Tapi itulah kenyataan nya. Syukran ya Allah..

Gambar baby akan di post kelak, selepas 7 hari.. InsyaAllah.. 
Mommy dan ayah doakan Faeq Syamiel akan menjadi anak yang solleh! Kamulah pelengkap hidup mommy dan ayah sekarang. We love you Syamiel! Be a good boy!

Biodata bayi 
Nama bayi : Faeq Syamie
Tempat bersalin : Gombak Medical Centre
Kaedah bersalin : Normal
Tarikh : 03.09.2012
Berat bayi : 2.9 kg
Masa : 9 pagi

Nota cinta : Sekarang musim berpantang.. Dapat tgk je lah. Sadis! 7 comments

9 bulan di bulan syawal

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua reader.. Alhamdulillah, su masih boleh beraya sakan dan makan sesuka hati. Sekarang ni, kandungan dah 9 bulan lebih, hanya tunggu masa untuk baby keluar aje.

Tahun ni su beraya di K.Lumpur sebab due date dah nk dekat. So kena standby, takleh jalan jauh-jauh. Selalu nya family akan beraya di Kelantan. InsyaAllah, Su akan bersalin di Gombak Medical Center. Semua persiapan dan dibuat, bilik pun dah di ubah. Barang-barang baby , pakaian baby dah dibeli. Beg mommy dan baby untuk dibawa ke hospital pun dah di siapkan. Pendek kata semuanya dah disiapkan. 

Su mula bershopping sejak kandungan berusia 7 bulan. Beli sikit-sikit, supaya tak terasa pengeluaran duit tu. Tapi, memang banyak betol  pakai duit untuk beli kegunaan dan keperluan baby ni. Alhamdulillah.. Rezeki tak putus-putus. Jadi bolehlah shopping! Ngeh ngeh..

Ni..  antara barang-barang yang dah dibeli :

 Breast pump, Nursing Bra, cooler bag, ice pack dan macam-macam lagi.



 Ring Sling by Vrbabies. Su beli di pekaboo store


Baby Stroller

Steriliser dan warmer
Baby Carrier (Mothercare 4 position)

Persiapan untuk dibawa ke hospital.Beg polkadot mommy punya, beg pooh baby punya
.
Diantara barang yang di bawa untuk mommy :
  • kad pengenalan
  • buku merah
  • tuala
  • toileteries (ubat gigi, berus gigi, sabun, pencuci muka)
  • sikat dan bedak
  • kain batik
  • baju/tshirt (disarankan yang berbutang mudah untuk breastfeed)
  • majalah/buku/al-Quran
  • sweater
  • stokin
  • selipar
  • nursing bra
  • maternity pad
  • plastik (nak letak baju kotor)
  • pakaian dalam 

 Diantara barang yang di bawa untuk Baby :
  • Diapers
  • Baju dan seluar baby
  • Sarung tangan dan kaki baby
  • 3 barut
  • minyak baby, bedak, lotion, wet tissue
  • 2 lampin (untuk dijadikan bedung)
  • 2 tuala kecil
  • 2 topi
  • selimut
  • tuala


Taraaa! Baby cot dah pun di pasang! Mommy suke.

Rasanya semua dah complete buat masa ni, ada rezeki mommy shopping lagi. HAHA...

Nota cinta : Perasaan gembira bercampur gementar! InsyaAllah mommy boleh. Push push!!
9 comments

Solat sunat hari raya aidilfitri


Sempena Hari Raya yang sudah tiba ni, su saje nak kongsi ngan korang CARA SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI.   meh baca meh!!  Apa-apa pun su nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

 Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:

Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 


Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى


Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
3 comments

Hadiah tak ternilai

Salam Ramadhan...
Genaplah umur su 26 Tahun pada 31 Julai baru-baru ni. Hari ulang tahun su jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang sangat indah. Disebabkan puasa jadi, ulang tahun tidaklah diraikan dengan bergitu istimewa,  kebetulan, jatuh pada hari kerja, jadi suami pun agak bz dan kepenatan. So hari jadi su diraikan simple2 je berbuka di luar dan jalan-jalan..  

Dalam tarikh yang sama juga, keputusan Akhir tahun keluar. Jadi, tak semena-mena perasaan tu terfokus pada keputusan tersebut. Sampaikan, su terlupa hari tu Birthday su. Husband yang ingatkan. Nasib, su tak ingat, kalau tak dah disenaraikan hadiah yang dingini dari suami. HE HE HE. Berbalik kepada result exam, su sangat bersyukur sebab, keputusan yang su dapat tu diluar jangkaan. Alhamdulillah.. menitis air mata, masa tgk result depan laptop dan teresak2 ketika telefon suami di office. Sangat tak sangka! Tapi tulah pengorbanan dan perjuangan untuk kali terakhir dengan membawa perut yang boyot dan anak dalam perot. Hee~ Bila di ingatkan sangat tragis, bertungkus lumus menghabiskan tahun akhir. Dan.. Akhirnya.. ini yang su dapat. Terima kasih Ya Allah...


Inilah hadiah yang terbaik pada ulang tahun su tahun ni, tak termasuk hadiah yang tak ternilai akan menyusul kelak. Su akan melahirkan anak sulung, InsyaAllah.. bulan depan. Doakan semuanya selamat ye!

Nota Cinta : Persiapan, barang untuk bayi, semuanya dah get ready. Tunggu baby aje! Mudahkan lah semua urusan ya Allah..
7 comments