This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Hari Raya Aidilfitri


Alhamdulillah.. selesai sebulan berpuasa (walaupun tak penuh ).. kini tiba Hari yang dinanti kan..Hari Raya Aidilfitri dimana seluruh umat islam di malaysia merayakan nya. Setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini. Tahun ni keluarga aku tak balik kampung mana2 belah, samada belah ayahku or ibuku. So, we all raya dekat Kuala lumpur.. Kebetulan makcik aku xbalik kampung, jadi dia join skali beraya di rumah aku kat kl. 1st day raya, kami sekeluarga sembahyang raya di Masjid Wilajah dekat Jalan Duta.. Tempat Dato Siti niakh dulu..Hehe. Then, lepas balik rumah aku membantu makcik membuat nasi dagang.. So, menu pada haritu sate dan nasi dagang beserta rendang dan lemang.Aku sms sume rakan2 nk invite datang ke rumah..Open haus la konon.. tapi xde seorang pon datang..sadis!!.. yelakan 1st raya, mana de orng nak dtg, semua sebuk beraya bersama keluarga dan sanak saudara..Lagipun majority semua kawan aku balik kampong.Aku dan keluarga je beraya kat Kl. Haiiyaa..

Raya Kedua plak, menu nye ialah roti jala, nasi impit dan kuah kacang. Tapi raya, malam ke-4, Fairuz sempat datang bersama keluarga dia..kebetulan keluarga nya ada d kl. Menu pada malam tu pelik sket. Mee goreng ngan KFC.. Haha.. Makanan segera di masak dan d beli. Besoknya aku da balik ke Pulau pinang. Mood kuliah dah nak bermula....
Ek eh.. lupa nak gtaw.. tahun ni dapat duit raya banyak juga.. Btw, selamat hari raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini.. dan maaf zahir batin. Euw.. Sempat tayang gambar. Im sory! ( versi amir raja lawak)

Keluraga tercinta + keluarga makcik KU

5 comments

Puasa

Omaigod.. Lama nya aku x mengupload blog aku neh.. sangat malas dah sekarang ni, maklumlah bulan puasa.. buat2 letihh, nak menaip pon letih. Terpaksalah puasa untuk memblog. Pejam jelik2, dah 2 minggu lebih kita berpuasa. Dua Minggu lagi dah nak raya. Yahoo!! Tahun ni aku beraya di Kuala Lumpur, sesiapa yang beraya kat kl, yang x macam suasana raya tu, Kalau boring2 datang lah ke rumah aku.Tema Warna baju raya tahun ni bersama keluarga ialah warna BIRU dan tema baju bersama pasangan berwarna UNGU.Sangat cutelah kan, pakai baju yang sama di pagi raya.. Wee~
Oke. Apapun sebelum aku terlambat, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger.
* Puasa bermaksud, menahan dari lapar dan dahaga, juga menahan dari memblog.. Haha*
BYE

4 comments

Hari ini, Hari Lahirku


Sudah lama menapakkan Title jek kat blog nih, tapi tak sempat nak menceritakan cerita aku ni kat korang. Btw.. cerita nih dah agak basi, tapi aku tetap gak nak tulih entry nih.. Ha ha.. Sekarang aku agak bz lah, dengan kerja yang bertimbun ni, mengalahkan suri rumah sepenuh masa. Ok! Tarikh ku dilahirkan oleh ibu ku jatuh pada 31 julai 1986, dan pada tahun ni.. Hari lahirku jatuh pada hari jumaat. Untuk meraikan secara berpatutan, Aku ada wat makan2 secara miskin dan sederhana untuk kawan2 ku.. melepak di luar rumah sambil menjamu selera dan dapat menghirup udara segar secara percuma di waktu malam.. Sangat saving lah bukan! Ha ha.. Rakan-rakan yang dapat hadir pada malam tu ialah izzah, teha, eieen, syahir, kak mala dan bob nang. Terima kasih kerana dapat meriuhkan suasana disekitar rumah aku haritu yang hampir sunyi sepi.. Terima kasih juga kepada rakan2ku yang dipaksa membawa hadiah untuk ku. TQ..

Dan tak lupa pada kawan ku yg menSMS, menCALL, dan menghantar pelbagai ucapan melalui blog, myspace, friendster, facebook dan YM. Thank Yuu!


HAPPY BIRTHDAY TO ME..

Sweet - 23 oke! ( sangat sweet ah )
6 comments

Matra Buana


Korang mesti terpk2, apa dia matra buana nih. Awal2 aku post title jek.. cerita dia, mesti korang xtaw apa dia..blurr.. Ok! Program Matra Buana ni, merupakan sebuah persembahan pentas yang mempunyai pengisian persembahan2 Melayu bercorak Tradisional yang melibatkan 2 buah wilayah, iaitu wilayah utara ( Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ) dan Timur ( Kelantan). Program ni diadakan di Dewan Seni Kebudayaan USM. Start pada pukul 8.30 malam dan habis pukul 11 malam, macam-macam jenis persembahan ada, seperti : Tarian terinai, Hadrah, Awang Batil, Kumpulan gendang keling, Wayang kulit Gedek, Boria, Tarian Joghee, Dikir Barat, Mak yong dan macam-macam lagi. Best ah, daripada aku sangat ngantuk sampai terbeliak biji mata tengok persembahan diorang. Pada, siapa2 yang nak tengok Matra Buana ni, korang kena tunggu tahun depan pulak lah. Setiap tahun ada buat sekali pada bulan July. Yang paling syok sekali, masa persembahan wayang kulit Sri Asun (Utara), gelak sampai nak pecah perot nih. Lawak giler! Siapa nak layan Wayang kulit nih, leh klik sini.
2 comments

MSK dah Habis!!

Kembali memblog! Warghhhhh!!! Semalam last aktiviti yang dilakukan sempena minggu suai kenal (MSK) atau dengan nama lain minggu orientasi kat USM. Penat yang terlampau, setiap ari pon time table pack dengan taklimat dan seminar. Bla bla bla... Sampai leh tetido dengar ceramah dekat dewan. Dahla, nak ke dewan dan ke pusat pengajian kena berjalan kaki. Sampai melecetlah kakiku, ecece (sangatlah mengada).Ha ha. Setiap ari pun taklimat Start pukul 8 pagi sampai - 5 petang. Pastu pukul 8.30 malam, ada perjumpaan untuk semua siswa dan siswi kat desa masing2. Sangat lah bosan dan penat! Nasiblah, aku seorang yang sangat penyabar untuk dengar celoteh dorang nih sume.. haiyak!! Untuk pengetahuan pembaca blog ni, aku sekarang menginap di desasiswa Bakti Permai. Pada sesiapa yang nak menghantar buah tangan atau hadiah sempena hari jadi aku yang bakal tiba nih, blehlah hantar dekat desa bakti permai, USM! Ha Ha. Selepas, sume aktiviti dah selesai hari ni aku dan rakan-rakan keluar untuk menshoppingkan diri, kiteorang pergi Kompleks Bukit Jambul (even nama kompleks ni pelik, tapi barang-barang yang dijual sangatlah murah) Wee~ Lepas shopping secara berpatutan, kiteorang g makan KFC dulu pastu baru gi main bowling. Haihhh.. perlu ke nak gitaw nih, aku dapat tempat ke 2. ecece..erk! jangan gembira dulu, tempat ke-2 dari belakang! walaweeii!!! aku dikalahkan oleh 3 orang rakan. Sangatlah malu! Ha ha. 1. efa 2. ena 3. syahir 4. Antzgirl 5. Kak Ad. Tapi, xpela kan sebab kak Ad yang kalah! So, kena belanja kiteorang minum air. Ice Lemon tea 1! Lepas habis membuang masa di Bj kompleks, kiteorang terus balik. Berehat di bilik masing-masing.

Gambar yang comel untuk santapan anda..
* Sorry ena, gambar ko tak termasok sekali. Ko kemana ntah? ko g toilet eh masa nih? Eeeehh.. ko la yang snap gambar nih kan.. Ha ha..
P/s : Along n ayong jangan marah, baju tu i pinjam kat mama sat!
7 comments

Transformers punya pasal!

Hari ni, aku wat kerja gila. Selalunya di buat oleh orang-orang yang sanggap atau putus cinta. Aku putus cintakah? Cinta yang taknak kawan ngan aku. Ha ha.. Hari ni, 24 hb di seluruh pawagam Malaysia akan digemparkan lagi dengan 1 Movie robot-robot yang HEBAT nih. "Transformers : Revenge of The Fallen". Aku pun tak lepas kan peluang nak tonton. Movie yang macam ni, lebih best bila tonton kat pawagam sebab, Sound dia Superb!! pastu korang leh bayangkan yang korang jadi hero ngan heroin lawan semua decepticon. Memang real! Ha ha. tapi yang sedih nya, aku gi tengok wayang sorang-sorang jek. Sangatlah bongok dan slumber. Aku gi Queensbay pukul 3ptg nak beli tiket, tapi tiket semua dah habis untuk pukul 3.30ptg. Gila ah! yang ada pukul 5.30, itu pon dah nak penuh tinggal seat depan jek. Aiseh! Pastu aku beli tiket pukul 6.00 ada la juga seat yang tengah2 itu pon tinggal 1 seat jek lagi.. Seswai untuk aku yang datang single nih! Lepas dah beli tiket tu, aku balik umah sementara nak tunggu pukul 6ptg. Dah sampai umah melepak layan hindustan jap, dalam pukul 5, bertolak ke Qbay. Fuh!! sampai-sampai jek, aku tengok banyak gila orang tengah Q nak beli ticket. Ticket for Transfotmers Selling fast and sold out. Ada yang bawak 1 family, yang berpakaian baju kerja pun ada. Dari budak berumur 7 tahun sampai la yang ke paling tua. Gila ah! Hari kerja pun penuh orang kalau weekend lagi dasyat! mau takleh bernafas. Euw.. Apapun korang layan ar movie nih sangat best, Scene yang paling sedih bagi aku, masa optimus prime kena tikam! Arghh!! dengan robot pon bleh nak touching. Huu. Kalau nak tau lagi, korang layan ah movie ni.


Transformers sedang menggila dipawagam!




Lepas habis cite ni, aku terus balik umah. Then, mama ajak pergi hospital Lam Wah Ee sebab nak melawat ibu ayong ( kakak ipar). Tapi alhamdulillah, kesihatan mak ayong dah stabil.Besok dah boleh balik agaknya. Lepas borak-borak kejap, kiteorng dah kena halau ngan security guard kat sana sebab masa melawat dah habis. So, kiteorng balik la. Apapun kami doakan semoga mak ayong kembali sihat. Amin..

Mak ayong dan mama

11 comments

Fairuz di Muzik-Muzik

Wee~ Sudah lama tarak online nih! sangat bosan tanpa Internet, Korang jangan terkejut plak, aku sekarang ada kat penang. Lama dah tak update blog ni, cerita aku nak kongsikan ni pon dah nak basi. Aisehh... Khamis lepas, aku, rina(adik) dan Amy(cousin) ke Plaza Alam Sentral S.alam untuk bertemu En. Fairuz Selamat. Dia ada rakaman untuk Muzik-muzik pencalonan lagu baru. Wahh!! sudah lama tidak ketemu almost 2 years. Sangat rindu pada kamu dan abg ramle.. hee.. abg ramle pon nak rindu ke? Ha ha.. ok rindu2. Aku bertolak dari rumah pukul 4 ptg, berdangdut dalam kereta punya pasal sampai dalam pukul 5.15 ptg. Lepas sampai p.a.s terus sms fairuz tanya dia dimana, dia kata dia tengah wat reheasel kat sri pentas 2. Aku pun naik la sampai atas, tunggu fairuz kat luar sri pentas pastu dia jemput masuk skali tgk dia reheasel lagu 'Ku undur Cinta'. Lepas abeh turn fairuz, kiteroang gi makan kat food court dekat2 situ gak. Masa pantas berlalu tengok jam dah nak pukul 7 malam. Aku dah nak kena balik cepat sebab malam ni nak kena balik penang lol. Sempatlah borak-borak kosong dan ambil gambar buat kenangan sebelum balik rumah. Tapi, yang sedihnya tak dapat tengok dia masa rakaman sebenar Muzik-muzik. Takpelah niat dihati sekadar ingin berjumpa, bertanya khabar. Eceeehhh!



Dan yang paling mahal, gambar kat atas ni. Peminat import! sorang dari India sorang dari china. Ha ha.. Terima Kasih Abg ramlee dan Fairuz.

Aku sangat suka gambar nih! sangat steady dan comel! Ha ha.. Macam Shoot Gambar untuk iklan Handphone NOKIA plak. Siapa yang cemburu dan menyampah, sila blah dari blog aku! Ha ha..
So kepada semua..Marilah beramai-ramai mengundi lagu Ku Undur Cinta... kod nya k632... ade dua cara untuk mengundi. Satu memalui sms dan satu melalui laman web, Untuk lawan web korang terus ke laman web tv3 .. then click ke box muzik muzik.. Dan cara melalui sms pula.. taip MMK632 dan hantar ke 33399. Setiap undian akan di kenakan bayaran sebanayk 50 sen. Yok Undi!!


taip --MM(jarak)K632 --dan hantar ke 33399
thanks ya.!!!

6 comments