This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Cuti KER?


Harini hari sedih saya..
Kalau nak ikutkan, hari rabu hari tu su dah start cuti sem. Tapi..tapi..
Su rasa cuti macam tak CUTI je. Su tak dapat balik kl. Su tak dapat cuti kerja. Haritu dah ambik cuti sebab g cameron, now takleh cuti sebab nak CNY. Staff tak cukup!!

Kawan2.. Aku memang rindu korang!
Rindu sama awak juga!
Katil dalam bilik mesti dah berdebu..
Lama tak naik Komuter (>-<)
Genting Hghland memang sejuk.
Sg wang.. dah lama x shopping sana
Apa khabar The curve?
Orang seremban, rindu saya tak?


Sekarang rasa nak nangis berbaldi2.
Tengok semua dak2 usm dah balik kg. Jeles!
T__________________________T

p/s: Jangan risau, saya akan jaga Pulau Pinang dengan baik. Tolong jagakan Kuala Lumpur untuk saya ye.. uwargghhhhh! Dalam hati, ada KLCC T__T 4 comments

Jumpa Lagi Cameron Highland



Alhamdulillah percutian bersama keluarga yang menyeronokan. Walaupun pergi 2 hari 1 malam, sekurang2nya dapat juga meluangkan masa bersama keluarga, bergosip tu xyah ckp la. Ada aja topik yg nak dibualkan. Tak termasuk nak membahan adik beradik, bab tu su suka mengusik adik bongsu su. HAHA.. Dan tak lupa juga masa tu juga dapat melepaskan rindu pada anak buah yang sorang tu. Dah besar dah dia, awal2 jumpa dia dah tak kenal ngan maklang dia. Nak mintak dukung pun terus nagis. Ishk..ishk.. Dah lama sket, baru dia nak kat maklang nya ni.

Hari pertama sampai, kami sekeluarga pergi ke ladang strawberry, pergi petik strawberry. Sangat segar! lepas tu pergi ke pasar tani byk sayur2 yang segar juga, buah strawberry takyah cakaplah setiap gerai mesti ada jual punya. Papa pula pergi main golf ngan kawan2nya. Dinner pula kami sekeluarga pergi makan setambot, kalau pergi cameron memang tak akan lepas peluang pergi mkn steambot di kedai yang sama. Memang best makan makanan yang panas2 dengan cuaca yang sejuk.

Waktu petang cuaca di sana sekitar 20c. Bila time malam cuaca sejuk sangat sampai mencecah 15-14c tau. Memang menduga ketahanan badan betul. Su memang tak tahan sejuk masa tu, sampai lantai apartment bila dipijak dah macam pijak ais ketul. Air paip dalam toilet tu jangan tanya lah.. menggeletar err errr bila nak guna, macam air ais! Masa tidur su terpaksa sarung baju sampai 4 lapis. errr errrr.... sejok!

Besoknya, sebelum check out. Su sekeluarga menghadiri jemputan kenduri kahwin kawan papa tak jauh dari tempat penginapan. Pencuci mulut yang dihidangkan, tak lain tak bukan.. Strawberry jadi pilihan.
Memang puas betul makan strawberry!!

Masa untuk bergambar.. Jom layan!!

 Bersama adik bongsu (Rina)

Makan yogurt dengan hasil strawberry yang dipetik


Bersama ayong ( Kakak Ipar ku)


Cinta Hatiku
4 comments

Family Day Out

Semalam, su dan keluarga pergi jenjalan. Papa dan adik sampai ke penang kelmarin. Mama dan kakak memang dah ada di penang. Papa datang sebab nak bercuti sambil main golf. Semalam, dibelah petang kami semua tak tahu nak buat apa. Then, su try ajak mama dan papa pergi tengok wayang di Queensbay. Tak sangka, papa setuju pulak. Semua pakat nak suruh su belanja sebab su dah keje T__T tapi xpe, su blanja la. Setakat tiket wayang je kan. So, semalam su dan family g tengok cerita Gulliver's Travel. Walaupun su dah tengok sebelum ni, disebabkna xcited nak tengok dengan family su setuju je tengok cerita tu lagi. Kalau tak salah, kali terakhir menontong wayang bersama keluarga masa su berumur 7 ke 8 tahun kot.

Lepas tengok wayang, su dan keluarga pergi makan di Sushi King.
Lama sangat dah tak makan sushi. Sampai termimpi-mimpi.
Semalam.. mimpi jadi kenyataan. ^-^


Hari ni pulak, su dan keluarga pergi bercuti di tempat yang banyak strawberry..
Cuba korang teka katmana?
5 comments

Rindu sama kamu

Dulu dia comel aja..
Comel bersama itiknya...


Dulu.. dia tak pandai posing..


Sekarang....




"






"





Jangan kata nak ambik gambar. Nampak Camera, Dialah orang pertama yang nak posing...




Siap boleh berdiri lagi..
Dialah buah hatiku.
Sangat handsome bukan?


Pantun 2 kerat..
Maklang rindu sama "aby"
InsyaAllah besok kita jumpa di ladang strawberry. 2 comments

Menjaga Hubungan Jarak Jauh

 

Tengok title entry, memang dasat kan. Sejak dah jadi Dr. cinta ni. Su nak bagi Tips sikit kat kawan2. Majority pembaca yg baca entry ni mesti dah mempunyai pasangan kan. Samada hubungan suami isteri, tunang atau boypren dan gelpren. Hubungan sesama jenis dilarang sama sekali untuk mengikut tips ini ok. ^-*
So, untuk menangani masalah ini. Ada beberapa tips yg uowls boleh ikut. InsyaAllah.. berpanjangan kelak.

Jaga Komunikasi
Kunci utama untuk mempertahankan hubungan jarak jauh adalah dengan mengadakan hubungan secara terus menerus melalui telefon, sms, emel, atau chatting. Walaupun, hanya bercerita mengenai hal yang kecil, namun keadaan ini akan membuatkan anda rasa lebih dekat walaupun hakikatnya anda berada jauh beribu2 atau beratus2 batu dari pasangan anda.
P/s: Tetapi elakan dari bercakap benda yang menyakitkan hati pasangan. Kalau setakat nak menelefon atau bersms untuk mencari pasal atau menggungkit benda yang lepas. Baik tak payah Call!

Perhatian
Jarak jauh bukanlah faktor untuk anda melupakan bagaiman ingin mengambil perhatian pasangan. Dengan adanya sedikit perhatian yang anda berikan, sekurang2nya anda dapat mengetahui apa yang di inginkan oleh pasangan atau anda juga boleh mengirimkan kata-kata romantis setiap malam sebelum masuk tidur. Saya yakin pasangan anda akan tidur dengan senyuman. Tak percaya, trylah buat!
P/s: Jangan pulak, ayat romantik yang diberikan tu sama je setiap malam.. Macam copy paste plak. Nampak sangat tak ikhlas.

Bersemangat
Walaupun anda mempunyai hunbungan cinta jarak jauh tidak bermakna anda menjadi lesu atau tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan disebabkan tiada insan yang tersayang disisi. Jika dulu, sebelum anda mengalami hubungan cinta jarak jauh. Sudah tentu anda tidak sempat melakukan sesuatu/aktiviti untuk diri sendiri. (Asyik2 berkepit je.. kesana ke mari). Haa.. Masa inilah kesempatan untuk anda melakukanya. Tapi pastikan perbuatan yang positif dan tidak untuk menyakitkan perasaan pasangan anda.

Memahami
Semua manusia mempunyai sifat dan perangai yang berbeza. Maka, cubalah untuk memahami sifat dan perangai pasangan. Kemungkinan anda masih tidak biasa dan tidak mengerti dengan kehidupan yang dilalui oleh pasangan anda yang berbeza dangan kehidupan anda sebelum ini.
P/s: Cuba jadi diri sendiri. Tidak perlu menjadi sempurna dengan mengikut kelebihan orang lain. Anda juga perlu menilai dan menerima kelebihan pasangan.

Berkongsi Masalah
Sikap suka menyembunyikan sesuatu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah dengan pasangan. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.
P/s: Beware!!

Kepercayaan
Sesungguhnya bila dah berjauhan memang macam2 dugaan yang akan menimpan hubungan anda. Satu je kunci utama yang perlu anda kekalkan. Kepercayaan'. Memang sukar kita hendak mempercayai pasangan kita bila dah jauh. Tapi inilah yang dinamakan cinta. Apa guna Cinta kalau tidak ada kepercayaan. Anda harus cuba untuk mempercayai pasangan anda.
P/s: Bila pasangan sudah percaya pada anda 110%. Jangan pula anda memperdayakan mereka. Kalau itu terjadi, memang sukar untuk mendapatkan kembali kepercayanya terhadap anda. Fikirkanlah...

Kesetiaan
Tiada lain yang boleh diungkap. Kesetiaan amat penting untuk menjaga hubungan lebih2 hubungan jarak jauh. Maka, anda jadilah orang yang setia. Setia pada CINTA. Cinta yang satu. Satu kehidupan..

Ok. Itu je.. buat hari ni. Dr. Cinta dah penat menType.. hehe..

3 comments

Silalah komen

Haa... patut la ada bloger yang nak komen blog su tak buleh.. rupa2 setting dah lari la.. ^-^ so sekarang u owls dah bule komen kembali.. so apa lagi.. mai pakat2 komen blog su. Heeeee. Even xda entry yang best pon.. apa salah support kawan seblog kan kan. Haha..ok2 itu saja buat hari ni. Selamat malam. T A T A
2 comments

2011


Assalamualaikum.
Guys.. Selamat Tahun Baru..
Apa azam baru korang?
Ni haa... azam baru su. ^-^

- Nak simpan duit banyak-banyak.
- Nak jadi wanita dan Anak solehah.
- Nak dapatkan anugerah Dekan. Chaiyok!
- Nak jadi girlfren Shahrukh khan.
- 2011? nak kawin. Kalau ada jodoh. Haha
- Nak berhenti makan ice.
- Nak simpan rambut sampai paras pinggul. NICE ok!
- Takmo sedih2 untuk benda yang merugikan diri sendiri.
- Nak jadi lebih baik dari sebelum. InsyaAllah..

Semoga apa yang kita AZAMkan, akan kita perolehi kelak. Amin.. 0 comments