Alhamdulillah... segalanya dah selesai dengan baik.
EndingNya pun sangat bahagia.
Jumaat dan sabtu lepas, su pergi Yan, Kedah untuk menyertai Program anak angkat.
Memang tak sangka, su diterima dengan baik. Seronok sangat.
Terasaa..."Masih ada yang Sayang"
Jumaat malam kami sampai di dewan Sg. Limau, dan diberi sedikit taklimat dan terus diagih2kan kepada keluarga angkat masing2.. Su sampai ke rumah dalam 11 tghmalam.. bersembang sambil mencicah buah pelam dan kuah rojak buatan mak.. Jadi, kami tidur hampir jam 3 pagi. Bila dah jumpa, rasa macam dah lama kenal.
Keluarga 'Mak' sangat baik.. Tetibe..Su teringat 'Mak yang di Alor star'. Sama baik.
Seterusnya, aktiviti bermesra telah berlaku.. 'Mak' dan keluarga layan su, macam keluarga mereka. Mak masak macam2, risau takut su lapar. Pagi2, selepas bangun.. Mak tanya su " selesa tak tidur?" Ya..Allah, selesa sangat. Rasa macam taknak bangun..Sambil gelak.."
Mak sediakan nasi lemak dan kuih muih untuk sarapan.
Ini Keluarga baru su.
Caq sorang yang agak tegas tapi sangat lawak.
Mak pulak sangat sweet, bila dia cuba nak bercakap.. sebab macam kelaka.
Kakcik, lembut orangnya. Bila dia mula bercakap, bule mencuit hati.
Dik shu, Manja orangnya.
Dik Juni, suke bercakap.
Ini bilik yang dah di setup oleh Mak untuk su beradu bak naga keletihan. HAHA
Bersama 'Mak'. Sweet mak senyum :)
Aktiviti pertama dibuat pada pagi sabtu.
Su pergi melawat rumah Orang Kurang Upaya(OKU), sangat sentap dibuatnya. Sampai hampir menagis. Sebab akak tu mula menagis. Ya Allah, sayuu hati ini.
Tapi.. bila ambik gambar.. tetibe SENYUM.. ape kes? huhhh
Dan, lepas tu kami pergi bergotong royong mengecat rumah salah seorang penduduk dekat situ. Penat seyh! walaupon, xdelah byk sangat keringat ini mengalir. Tapi memang penat. Sebab cuaca sangat panas.
Di sekitar kawasan gotong royong,
Su bersama orang kuat kampung Sg.Limau
Pak said(kiri) dan Pak teh(kanan)
Dan akhir sekali, aktiviti yang kami lakukan ialah sukaneka bersama penduduk kampung dalam keadaan hujan. Kami redah je, untuk menikmati hadiah. Kumpulan su dapat tempat ke 3. (Maaf, tak sempat ambil gambar, sebab sedang sibuk beraksi.Hehe)
Belah malamnya.. Kami bersiap2 untuk pulang ke USM. Mak bagi macam2 kat su : pekasam, kain batik, buah pelam, belacan, kopok, cili jeruk dan kuah rojak buatan mak. Babak sebelum pulang, agak sayu.. Sebab sedih nak berpisah dengan mak dan keluarga. Mak peluk su kuat2. Nasib su tak nangis. T__T
Takpelah su niat, nak berjumpa mak lagi minggu depan. InsyaAllah.
Thanks 'Mak'...
Nota Cinta: 'Mak' jangan lupa su ye..
Posted by
antzgirl
at
12:02 PM