Ini cerita semalam..
Semalam su pergi buat pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak untuk kandungan 7 bulan ke atas. Kali ni pemeriksaan dibuat secara terperinci berbanding bulan-bulan yang lepas. Pemeriksaan dari atas sampai bawah (maksudnya dari mata sampai ke kaki) tak terkecuali dibahagian18sx. Perut su, dipusingkan2 seperti bola, sebab nak tengok kedudukan bayi. Lepas tu dengar denyutan jantung bayi. Denyutanya, alhamdulillah normal. Sampai ke bahagian payudara.. *ehem-ehem* dibelek2 oleh nurse seperti membelek majalah. Pertama kali, orang lain berani membelek *ehem-ehem* sendiri tanpa lapisan atau seurat benang. HAHA... *benggong*. Lepas ni kalau korang 1st time pregnant, jgn terkejut pula perkara tu boleh berlaku. Jangan korang maki hamun pulak nurse tu. Tak pasal-pasal korang kena pulau kat situ.
OK, lepas tu.. su diberi motivasi tentang penjagaan payudara dan diberi kerja rumah. Nurse macam tahu-tahu je su dah habis belajar dan dah tak ada kerja nak buat. Dia suruh su mula menghitung.. ????
Katanya, mulai besok su kena menghitung pergerakan bayi sampai nak bersalin nanti dan pastikan bayi bergerak lebih dari 10 kali dalam masa 12jam dan di tandakan pada buku merah bagi setiap pergerakan. Bayi tak boleh terlalu kerap bergerak atau kurang bergerak kerana dikuatiri bayi dalam perut mengalami sesuatu perkara yang tak diingini. So, kalau perkara tu berlaku, cepat-cepat pergi jumpa doktor.
Selepas selesai dimotivasi. Ada perkara terakhir su kena buat...
Selepas selesai dimotivasi. Ada perkara terakhir su kena buat...
Su kena ambik suntikan, bagi wanita yang pertama kali mengandung. Sementara nak tunggu, macam-macam duk fikir. Rasanya bertahun-tahun tak kena suntik. Dahla memang takut jarum. Tapi buat muka cool je, sebab tengok jarum tu kecik je, apa adahal kan! Tiba turn su, nurse tanya nak suntik tangan mana? su jawap mana-man pun boleh. Tapi nurse sarankan suntik di tangan kiri, sebab kesan ubat tu boleh buat kebas selama 2 hari so tangan kanan bolehlah bekerja. Masa tu masih buat muka cool. Sebab rasa macam boleh handle je keadaan tu. Bila dah dicucuk! Walawaeyhhh!!!! terasa sampai ke tulang, suntikan tu tak sakit.. tapi ubat tu... adoi! muka tetap control cool weyh! padahal lepas di suntik tu, terus masuk kereta dan membebel seorang diri. Sambil memandu pulang ke rumah dengan sebelah tangan. Memang superwoman! (^__^)
![]() | |
| Keadaan superwoman selepas di suntik! HAHA |
| Kerja rumah yang perlu dibuat! |
Nota cinta : Kesan ubat tu kuat sangat. Sampai ke hari ni masih rasa kebas. T___T
5
comments

.jpg)





edit.jpg)