This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Macam-macam Ragam Kehidupan

Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Pejam celik dah masuk April.. Harini tak taulah, tergerak hati nak menaip dan berkongsi di blog sendiri. Setiap hari, bila aku bukak facebook skg ni..rata2 cerita yang aku baca semua pasal kehidupan berumahtangga Macam2 kes, macam2 cerita.. Tapi post yang aku baca ni. wat aku berfikir panjang.. entah panjang mana tak tau... hurm...tapi memang terkesan.
Ni aku copy paste kat Facebook :

Cerita-1
Kalu janda yg cantik2, mesti org mengata,mase ade suami selekeh,dh jadi janda baru pandai nk melawa. Laki dh lari baru terhegeh hegeh cari gincu.
sy nk share satu story client lama sy (ats izin)
1. During hearing case(anak dia),sy kagum sgt,usia dh hampir separuh abad tp body mcm ank dara,bergaya,kulit mulus tegang .setiapkali hadir ke court,ex husband pon xpernah miss datang. At first place sy tak pernah sangka yg diorng dh cerai,ex husband nampak so caring .
2. Sy perasan akak ni selalu je mcm nak marah,buat tak tahu dan tak layan kat ex husband dia(mase tu x tau pon diorng dh cerai) ,tp bile akak ni tengok reaksi sy yg mcm tertanya tanya then dia cakap ,puan nurul jgn salah sangka,akak dh cerai lama dah.
3. I was wow,bagusnye ex husband akak smpai tak pernah miss datang tengok kes anak dia.akak tu cakap,dah gila talak,nak buat mcm mana biar dia rasa.
4. Sy ni selalu puji,akak ni cantik,akak ni bergaya,lembut orgnya,nape akak divorced.the next hearing date,after abes case kitaorng turun cafe,sembang2 sampailah bab peribadi.dia bawak keluar satu pic lama dari dlm beg ,it was her and her ex husband.i was shocked!!
Hitam,gemuk. Tak make up langsung,berkain batik.selekeh.while man standing next to her quite handsome.
6. 15 years akak abdikan diri dgn suami.keje nurse berhenti laki suruh.duduk umah jaga anak.duit tak de.laki beri cukup2 makan.tak ada lebih langsung utk beli baju baru,alat solek or akak keluar jln2. Duduk umah je jaga anak ,laki lak sesuka hati keluar nk kwn2.akak sabar je.akak beranak setahun sorang -4 orang anak.letih tuhan je tau.
7. Laki akak start berubah bila akak jadi gemuk,bukan sengaja,tapi tiap2 tahun beranak xsempat nk kurus.akak nk keluar jogging xde org nk tinggal anak,nak beli ubat kurus, jamu duit tak de,nk melawa duit tak ada.
8. Laki lak elok je beli brg baru,baju baru,tapi tak buat balik kt bini. Selepas laki naik pangkat,laki dia dh start menghina.awk duduk rumah,selekeh tak macam org opis saya. Laki duk start bandingkan dia,hina tubuh badan dan smpai satu mase,berbulan bulan dia x disentuh.
9. Akak ni nekad nk goda semula laki dia,so lepas je lahirkan anak keempat,dia belajar menjahit.bawak keempat anak kt balairaya pergi belajar menjahit.laki nk tolong?harem.mengutuk adalah.lepas belajar jahit,akak ni amik upah jahit.adalah duit skit,bolehlah beli baju baru sehelai dua.
10.dlm duk usaha nk pikat hati laki,tup tup kantoi laki menikah sorang lagi dekat thailand.sedih tak terkata,terasa begitu hina,sudahlah nafkah culas,bkn kaya pon,nak beli baju kata tak ada duit,tapi bleh kawen lagi satu.bini baru kerja satu opis.anak dara,cantik dan bergaya.
11. Akak ni redho,cube sedaya upaya selamatkan perkahwinan walaupon lepas tu laki dh jarang bermalam.paling teruk bila madu dapat anak seorng,nafkah tak diberikan terus.akak ni kerja menjahit sara anak2,balik je umah dia,laki akn bandingkan dgn madu yg cantik ,pandai jaga badan,pandai segala serbi.
12. Sejak ada bini baru,laki dh pandai naik tangan,kadang2 laki bermalam kt umah dia,bini baru dtg suruh balik sana,laki akn balik and tinggalkan dia sorang2. Sepuloh tahun akak ni dimadukan.
13. Hari sebelum dia diceraikan diaorng bergaduh,pasal nafkah kewangan dan juga nafkah batin yg dh lama suami tak tunaikan.bila gaduh ade tengking menengking. Dan akak ni tak tertahan mintak cerai.mase tu suami dia menghina,bagitau kalulah lembu dengan dia,lagi sanggup tidur dgn lembu. Lepas laki dia ckp cmtu,Allah telah hadirkan perasaan benci teramat pd laki dia smpaikn pertama kali dlm hidup dia mintak cerai.
14. Suami dia dgn mudah menceraikan dia,selepas kene cerai,laki siap cakap,aku nk tengok sejauh mana kau boleh pergi tanpa aku,kalu nk ak rujuk balik,jgn lupa dtg umah xxx(madu) sebelum tamat tempoh iddah,lepas dh tamat tempoh iddah aku tak kuasa dah nk layan rujuk ngn kau.
15. Terasa terhina ,akak ni tak menoleh kebelakang.angkat kaki,balik kg bina hidup baru.bukak kedai jahit,now dh ade ramai kakitangan.rezeki makin byk,duit byk hidup tenang.
16. Lepas dia dah agak kaya,madu tak puas hati,paksa jugak ex laki buat bisnes,buat loan,buat bisnes kedai makan.lingkup. Sekarang menanggung hutang dgn bank.dari pakai harrier now dah downgrade to viva. Sekejap je Allah tarik.
16. Lepas tak ada laki baru boleh bergaya,melawa,sebab xde sapa nk tanggung,ada duit sendiri,masa ade laki mcm mayat hidup,tiap2 tahun beranak,yg jaga nye dia sorang,duit xde,laki nk beli make up baju?haremmm.kawen lain adalah.
17. Skrng akak dh kurus dh cntik duit banyak,giliran madu lak hidup susah main ngn anak2 kecik.madu dulu yg kurus dh gemuk,tambah pakej lagi madu dia ni pandai menjawab,kalu tak kene abes pinggan mangkuk dilempar.
18. Masa sy handle kes akak tu,dh almost 3 tahun ex laki dia duk kejar,nak rujuk semula,caring dan terlampau baik,tapi akak ni bolayan. Tunggu depan pintu,tunggu kat tangga rumah,kat mana2 nampak je ex laki mcm org x betul.gila talak.
19. Sempat lg akak ni gurau,akak ni puan nurul termasuk dlm salah sorng janda yg xde laki baru pandai nk melawa,org duk mengata kite xpandai jaga laki,laki dh lari baru nk bergaya.tapi org tak tau,kita jadi mayat hidup sebab ade laki tak guna,miskin tapi ada nafsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa2 kecuali air mani buat kite beranak tiap2 tahun pastu bkn nk berterima kasih tapi dijadikan modal pulak nak menghina isteri. Baik hidup sendiri,ada duit sendiri tak payah menanggung biawak kt rumah.tergelak sy dgr akak ni cakap
20. Dah ada yg baru,yg lama dibuang.sekejap je huru hara hidup.biarkan dia rasa kata akak ni.
Somoga jadi teladan.terkesan pada kata2 akak tu,miskin tapi nafsu dan citarasa tinggi tapi tak menyumbang apa2 xxx.
Urmmm..semoga suami kite anak2 kite saudara lelaki kita jd suami yg bertangungjawab dan baik pd isterinya.
 ..................SEKIAN........

Cerita-2
Terkesima sebentar. Merenung kehidupan yang akan dilalui kelak.
Ini baru 2 cerita, macam2 lagi kes yang aku baca..
Wanita2 yang mengalami hidup yang sebegitu. Bertabahlah! Percayalah, Allah swt sayangkan kita. sebab tu kita diuji dengan perkara yang sedemikian. Semoga lebih Tabah! Ada Hikmah disebalik kejadian..
Ya Allah! Lindungilah keluarga ku. ~Amin (sambil lap air mata) T_T

0 comments

Tahun 2016

Semoga tahun 2016 dapat memberi ketenangan dan kebahagian dalam hidup su. Apa yang berlaku sebelum ni dijadikan pengajaran dalam hidup. Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya! Su kena kuat demi anak-anak.. Susah-susah dahulu, senang dikemudian hari,  InsyaAllah. Allah swt itu maha melihat dan mendengar!

Nota pembukaan di awal tahun 2016. Tahun ketabahan~


0 comments

Lupa PASSWORD!

Walaweiiih!! lama sungguh tak menghupdate blog. Aku terlupa password!! Baru melahirkan seorang anak, segala benda dah lupa. Urat pelupa dah putuslah katakan. Ni, baru ada masa nak reset password. Rindu sungguh nak berblog. Banyak cerita yang aku nak tulis, semua masih disimpan dalam kepala, sampai overload!

Syamiel sekarang dah berusia 8 bulan 14 hari. Pejam celik, dah nak setahun. Gigi dah tumbuh 5 batang. I love u sayang!


Nanti aku sambung lagi. K, Bai! 2 comments

Buah Hatiku

Sekarang dah genap 49 hari. Secara official nak publish gambar buah hati. 
Faaeq Syamiel!
 


Sape leh lawan pipi paling gebu dan labuh faaeq syamiel ni..Angkat tangan! 
Hidung, mata, kening, mulut ikut sapa? yok teka! 

Nota Cinta : Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha :)
6 comments

Lahirnya dia...

Assalamuallaikum...
Alhamdulillah, tepat jam 9 pagi pada 03.09.2012 (isnin) di Gombak Medical Centre, lahirlah seorang bayi lelaki yang hebat, kacak, penyayang dan penyabar yang diberi nama Faeq Syamiel Bin Mohd Faizal, buah hati su.. Sekarang su dah bergelar ibu. Rasa bagaikan mimpi. Tapi itulah kenyataan nya. Syukran ya Allah..

Gambar baby akan di post kelak, selepas 7 hari.. InsyaAllah.. 
Mommy dan ayah doakan Faeq Syamiel akan menjadi anak yang solleh! Kamulah pelengkap hidup mommy dan ayah sekarang. We love you Syamiel! Be a good boy!

Biodata bayi 
Nama bayi : Faeq Syamie
Tempat bersalin : Gombak Medical Centre
Kaedah bersalin : Normal
Tarikh : 03.09.2012
Berat bayi : 2.9 kg
Masa : 9 pagi

Nota cinta : Sekarang musim berpantang.. Dapat tgk je lah. Sadis! 7 comments

9 bulan di bulan syawal

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua reader.. Alhamdulillah, su masih boleh beraya sakan dan makan sesuka hati. Sekarang ni, kandungan dah 9 bulan lebih, hanya tunggu masa untuk baby keluar aje.

Tahun ni su beraya di K.Lumpur sebab due date dah nk dekat. So kena standby, takleh jalan jauh-jauh. Selalu nya family akan beraya di Kelantan. InsyaAllah, Su akan bersalin di Gombak Medical Center. Semua persiapan dan dibuat, bilik pun dah di ubah. Barang-barang baby , pakaian baby dah dibeli. Beg mommy dan baby untuk dibawa ke hospital pun dah di siapkan. Pendek kata semuanya dah disiapkan. 

Su mula bershopping sejak kandungan berusia 7 bulan. Beli sikit-sikit, supaya tak terasa pengeluaran duit tu. Tapi, memang banyak betol  pakai duit untuk beli kegunaan dan keperluan baby ni. Alhamdulillah.. Rezeki tak putus-putus. Jadi bolehlah shopping! Ngeh ngeh..

Ni..  antara barang-barang yang dah dibeli :

 Breast pump, Nursing Bra, cooler bag, ice pack dan macam-macam lagi.



 Ring Sling by Vrbabies. Su beli di pekaboo store


Baby Stroller

Steriliser dan warmer
Baby Carrier (Mothercare 4 position)

Persiapan untuk dibawa ke hospital.Beg polkadot mommy punya, beg pooh baby punya
.
Diantara barang yang di bawa untuk mommy :
  • kad pengenalan
  • buku merah
  • tuala
  • toileteries (ubat gigi, berus gigi, sabun, pencuci muka)
  • sikat dan bedak
  • kain batik
  • baju/tshirt (disarankan yang berbutang mudah untuk breastfeed)
  • majalah/buku/al-Quran
  • sweater
  • stokin
  • selipar
  • nursing bra
  • maternity pad
  • plastik (nak letak baju kotor)
  • pakaian dalam 

 Diantara barang yang di bawa untuk Baby :
  • Diapers
  • Baju dan seluar baby
  • Sarung tangan dan kaki baby
  • 3 barut
  • minyak baby, bedak, lotion, wet tissue
  • 2 lampin (untuk dijadikan bedung)
  • 2 tuala kecil
  • 2 topi
  • selimut
  • tuala


Taraaa! Baby cot dah pun di pasang! Mommy suke.

Rasanya semua dah complete buat masa ni, ada rezeki mommy shopping lagi. HAHA...

Nota cinta : Perasaan gembira bercampur gementar! InsyaAllah mommy boleh. Push push!!
9 comments

Solat sunat hari raya aidilfitri


Sempena Hari Raya yang sudah tiba ni, su saje nak kongsi ngan korang CARA SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI.   meh baca meh!!  Apa-apa pun su nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

 Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:

Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 


Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى


Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
3 comments