This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Muhasabah diri...

Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. SALAH MEMILIH SUAMI. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga.." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk daripada Allah yang Maha hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga ?
Isteri adalah cerminan suami. Cantik suamimu cantiklah kamu. Elok suamimu. Eloklah kamu. Beriman suamimu maka berimanlah kamu. Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga. Begitu jua sebaliknya. Wahai sang suami, jika kau merasa isterimu sangat leceh, menyusahkan, keras kepala atau sebagainya. Maka itulah diri kamu sendiri sebenarnya. Kau yang telah mengajar, membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu.
"Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi lelaki yang mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah.."
inshaAllah 🌹 1 comments

Doakan aku bahagia



Ya Allah..
Sesungguhnya, aku tidak dapat menahan dugaan yang kau berikan.
Aku hampir lemah dan tersungkur.
Kau berikanlah aku kekuatan untuk mengharunginya.
Seandainya Dia Baik Untuk Diriku, Agamaku, Duniaku Dan Akhiratku.
Tautkanlah Hati Kami Dan Meterailah Sebuah Ikatan Suci..

2 comments

10 Perkara Anda Perlu Buat Bila Usia Cecah 30 Tahun

1. Simpan duit
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.
3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.

5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.
6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.
7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.
8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.
9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.

Apa pun, hakak baru 25 tahun keyh. Belum terlambat utk buat 10 perkara di atas.. Ngehh
0 comments

Perempuan yang benar-benar cantik

Nak tengok perempuan yang benar benar cantik? Tengok lah perempuan yang dah ada anak
πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰
Perempuan kalau cantik masa bujang, itu normal. Tiada tanggungan, tiada anak, paling paling headache pun fikir tentang masalah boyfriend atau next vacation destination.
Kalau nak tengok perempuan itu benar-benar cantik atau tidak, tengok perempuan yang sudah ada anak, yang sudah menjadi mama. Especially yang SINGLE MOTHER .
Sebab apa? Okay, let me tell you.
Seorang ibu:
1. Badan pernah jadi expand mengalahkan gajah bunting, hidung jadi macam gobuk, paha macam kaki gajah, perut bermacam design mengalahkan kain batik. Tetapi masih boleh maintain slim selepas beranak.
2. Beside hectic work schedule, stress tahap gaban, masalah dunia yang sentiasa tidak adil, apabila pulang ke rumah mereka masih boleh melayan anak dengan penuh kasih sayang.
3. Kepala pusing, headache, demam teruk, tetapi mereka masih gagah bangun tengah malam buat susu anak.
4. Penat macam mana sekali pun, tetapi mereka masih boleh alert semasa tidur. Terpaksa tidur-tidur ayam. Tidur pun tak boleh bebas sebab bimbang baby kena onsit.
5. Multitasking. Boleh buat double triple job untuk isi perut-perut si kecil di rumah.
6. Beside all the stress from work/friends/collegue etc, but can still appear beautiful, nice and sweet.
7. Anak-anak terurus walaupun sibuk dengan urusan office dan house chores.
Sebenarnya menjadi ibu ini bukan susah mana pun. Get pregnant and after 9 months, there you are, CONGRATULATION! You are a mom!
But that’s not it, di situlah kehidupan bermula.
Part raising a child itu yang mencabar. Sebenarnya tak susah pun, mencabar yes, but that is what we call life.
Sebab aku percaya setiap anak ada rezeki masing-masing. God will not give you a baby if He know that you are not capable of raising a child.
So, jangan takut untuk menjadi ibu. Penat memang penat, but it’s all worth it.
Belum ada anak, cantik, menawan, terurus dan macam-macam lagi, semua orang boleh buat.
Tetapi untuk tampil cantik dan kemas selepas dah ada anak, belum tentu orang boleh buat.


To all gorgeous mother out there, SALUTE! πŸ˜πŸ˜πŸ˜


0 comments

Selamat Ulang Tahun Kesayangan Mommy!

Genap 2 tahun kelahiran anak kedua ku, Falisha Sonia 9 november 2016. Si manja, peneman dan penghibur Mommy! Masih segar di ingatan dimana kamu dilahirkan. Tepat jam 3 petang, kamu selamat dilahirkan di Gombak Medical Center  seberat 4.3 kg secara normal.  Alhamdulillah.. semua nya dari izin Allah swt. Mommy bersyukur atas nikmat dan anugerah yang tak ternilai ini. 

Falisha Sonia Turning 2

Oh.. Tak lupa juga buat anak kesayangan mommy Faaeq Syamiel. Tahun ni dah genap 4 Tahun pada 3 September lalu.  Masih membesar bak juara. Makan banyak lahai...Cakap pon banyak, macam mommy dia juga, "ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi". ekehhh...


Faaeq Syamiel 4y

Selamat ulang tahun sayang mommy Faaeq Syamiel dan Falisha Sonia. Senyum diwajahmu membuat mommy kuat untuk menjagamu, dan memberikan semua yang terbaik untukmu. Semoga semakin bertambahnya usiamu, semakin bertambah rezeki mommy. Allah swt menjadikan kamu anak yang semakin bijak, soleh dan solehah. Doa mommy akan selalu mengiringi langkahmu untuk mecapai cita-citamu.... Amin..
0 comments

Inspirasi

Bila tengok gambar lama, teringat rupa dan wajah lama. Badan lama.. Haha.
Memang aku rindu dah ni. Nak feeling2 gojes time bujang dulu. Rindu weyh..
Baju-baju lama dah tak leh pakai. Kau rasa? Badan serupe apa dah?
Tapi aku still simpan baju lama aku. Konon nya nak pakai balik,ntah bila tak tahu..
Gambar-gambar lama pun aku simpan, sumber inspirasi aku konon nya! Bila aku tengok gambar lama, mesti aku senyum.. tapi dalam hati meraung-meraung. Tak dapat pakai baju lama pun takpe, still gak dapat tengok baju lama dalam gambar lama.Ha ha.What the FUN!

Diantara gambar yang aku suka tengok dan buat aku geli hati.. 

Sweet bukan? Jangan Gelak. Gambar Tahun 2011
Gambar Tahun 2010
Gambar Tahun 2005 ( Masa Jadi Model )  T_T

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Gambar Sekarang! Tahun 2016. Mak anak dua!

1 comments

Ulang Tahun Kelahiran

Syukur atas nikmat yang diberi. Alhamdulillah dipanjangkan umur sehingga kini. Diberikan rezeki sebanyak ini. Dikurniakan anak melengkapi diri. Diberikan Keluarga yang saling menyayangi serta rakan-rakan yang sentiasa di sisi. Alhamdulillah, dapat menyambut Ulang Tahun bersama orang yang Tersayang. Memadai!


Terima kasih atas ucapan dan ingatan dari kalian.
0 comments