Aku baru sampai di kuala lumpur pagi ini dari kelantan. Letih sangat, tak puas tidur. Haihh..Sekarang baru sempat nak update blog, banyak benda nak berkongsi bersama. Entry ni, aku buat sempena Hari Bapa yang akan datang 15 June 2009. Pada hari ahad lepas, Bapa-bapa dari keluarga Hj. Kadir telah dikejutkan dengan sambutan Hari Bapa. Mesti korang pelik, kenapa kiteorang sambung Hari Bapa awal sebelum tarikh sebenar. Sebabnya, kebetulan keluarga Hj. Kadir sudah berkumpul di kampung semua. Alang-alang dah ada.. Buatlah sekali Hari Bapa. Tapi yang sedih nya satu keluarga je yang tak cukup. Kelurarga Pn Suhaini. Tapi takpa lah, lain kali kita berjumpa untuk Family Day pulak. Bapa-bapa yang dicalonkan pada hari itu ialah Abah,Ayah Long, Ayah Din, Ayah pa (tidak dapat hadir) dan Ayah Su.
Pembuka acara pada malam tu, semua anak-anak memberi hadiah dan kad ucapan kepada bapa masing-masing dan bersalaman, diteruskan dengan jamuan makan. Menu - Kek, kfc dan pizza. Majlis ni di buat untuk bapa-bapa, tapi yang excited dan paling banyak makan, ibu-ibu..Sangat laparkah? Ha ha.. Tapi suasana pada malam tu, sangat kecoh! Nasib jiran-jiran tak baling batu ke, bakar rumah ke. Sangat baik jiran di kampung aku nih!
Belum habis disitu, banyak lagi game yang kami buat masa tu. Giler Happening! Lepas makan, kami sekeluarga buat aktiviti pertama, cabutan bertuah, masuk benang dalam jarum tanpa berkaca mata (untuk ayah2 je), make over ( bapa-bapa kena make up kan para ibu dengan mata ditutup), Mummy dan terakhir kotak beracun.
Cukuplah..sampai sini jek. Aku malas nak mentype.. Nanti aku update lagi..
Bersurai~

edit.jpg)
3 comments:
mmg gile la mlm tuh..
aku sampai terkencing gelak kat ayah din..
ape2 pun kaver line...
hahhaha...
meriahnyer.....
happy family..
=)
ko g klntan?
x ckp pon..
Post a Comment