This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Kenduri Keluarga Hj. Kadir


:: Suasana di persekitaran rumah ::

Haih..penat sungguh hari ni. Dari jam 6 pagi, sudah bersiap sedia untuk memberi bantuan pada yang memerlukan. Banyak sangat kerja hari ni. Sampai susah sangat nak curi tulang. Hari ni, penuh dengan aktiviti makcik-makcik dan wanita yang bakal menjadi suri rumah. Sambil buat kerja dan bergosip, ada je topik yang ingin dibualkan..Haih! Dasar Perempuan.Ha ha.. 
Starting dengan memotong bawang, diikuti dengan memotong buah betik, buah nenas dan menyusun pinggan. Selepas jek habis potong nenas, terus mencari peluang untuk rehat. Penat giler. Padahal takla seberapa kerjanya. Menu masakan untuk petang tu, ialah nasi putih, gulai daging, ayam goreng madu, kerabu sarang(sejenis rumpai laut), ikan masin, ulam-ulaman dan yang paling penting BUDU, wajib ada. Wee~ Biasalah, kenduri ni diadakan di kampung aku dekat kota bharu Kelantan. So.. wajibla kena ada budu. Korang yang tak pernah rasa, better try dulu. Sangat sedap okek! Sehingga menjilat tangan.

Kendurinya, bermula pada jam 12 tgahari dan sepatutnya habis pada jam 4 petang. Tapi, sampai pukul 7 malam baru selesai semuanya. Ramai yang hadir, turut serta sedara mara,jiran-jiran dan keluarga yang terdekat. Walaupun sedikit penat, tapi tetap fun sebab dapat jumpa semua keluarga dan sedara mara yang jarang2 nak jumpa. Ada kenduri je baru la nampak muka, kalau tak... Haremm.. OMG! 

Satu keluarga je, tidak dapat hadir pada hari itu, makcik aku yang duduk di lukut, seremban. Puan. Suhaini dan sekeluarga, anak bongsunya(Mazrina) telah dimasukkan ke hospital, akibat demam panas di saat-saat akhir, sebelum mereka bertolak ke kelantan. 
Kita doakan semoga nina cepat sembuh..
Allhamdulillah.. Kenduri Keluarga Hj. Kadir berjalan dengan lancar.


1 comments:

ery said...

zass.... gambar ku tiada amat menyentapkan~

:((