This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Menjaga Hubungan Jarak Jauh

 

Tengok title entry, memang dasat kan. Sejak dah jadi Dr. cinta ni. Su nak bagi Tips sikit kat kawan2. Majority pembaca yg baca entry ni mesti dah mempunyai pasangan kan. Samada hubungan suami isteri, tunang atau boypren dan gelpren. Hubungan sesama jenis dilarang sama sekali untuk mengikut tips ini ok. ^-*
So, untuk menangani masalah ini. Ada beberapa tips yg uowls boleh ikut. InsyaAllah.. berpanjangan kelak.

Jaga Komunikasi
Kunci utama untuk mempertahankan hubungan jarak jauh adalah dengan mengadakan hubungan secara terus menerus melalui telefon, sms, emel, atau chatting. Walaupun, hanya bercerita mengenai hal yang kecil, namun keadaan ini akan membuatkan anda rasa lebih dekat walaupun hakikatnya anda berada jauh beribu2 atau beratus2 batu dari pasangan anda.
P/s: Tetapi elakan dari bercakap benda yang menyakitkan hati pasangan. Kalau setakat nak menelefon atau bersms untuk mencari pasal atau menggungkit benda yang lepas. Baik tak payah Call!

Perhatian
Jarak jauh bukanlah faktor untuk anda melupakan bagaiman ingin mengambil perhatian pasangan. Dengan adanya sedikit perhatian yang anda berikan, sekurang2nya anda dapat mengetahui apa yang di inginkan oleh pasangan atau anda juga boleh mengirimkan kata-kata romantis setiap malam sebelum masuk tidur. Saya yakin pasangan anda akan tidur dengan senyuman. Tak percaya, trylah buat!
P/s: Jangan pulak, ayat romantik yang diberikan tu sama je setiap malam.. Macam copy paste plak. Nampak sangat tak ikhlas.

Bersemangat
Walaupun anda mempunyai hunbungan cinta jarak jauh tidak bermakna anda menjadi lesu atau tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan disebabkan tiada insan yang tersayang disisi. Jika dulu, sebelum anda mengalami hubungan cinta jarak jauh. Sudah tentu anda tidak sempat melakukan sesuatu/aktiviti untuk diri sendiri. (Asyik2 berkepit je.. kesana ke mari). Haa.. Masa inilah kesempatan untuk anda melakukanya. Tapi pastikan perbuatan yang positif dan tidak untuk menyakitkan perasaan pasangan anda.

Memahami
Semua manusia mempunyai sifat dan perangai yang berbeza. Maka, cubalah untuk memahami sifat dan perangai pasangan. Kemungkinan anda masih tidak biasa dan tidak mengerti dengan kehidupan yang dilalui oleh pasangan anda yang berbeza dangan kehidupan anda sebelum ini.
P/s: Cuba jadi diri sendiri. Tidak perlu menjadi sempurna dengan mengikut kelebihan orang lain. Anda juga perlu menilai dan menerima kelebihan pasangan.

Berkongsi Masalah
Sikap suka menyembunyikan sesuatu hanya akan mendatangkan bala. Cara sebaik-baiknya ialah bercerita dan berkongsi masalah dengan pasangan. Dalam masa yang sama tanyakan pendapatnya. Usah memendam rasa kerana pasangan pasti akan dapat menghidunya. Lebih baik berterus-terang sebelum pasangan berasa curiga dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perhubungan anda.
P/s: Beware!!

Kepercayaan
Sesungguhnya bila dah berjauhan memang macam2 dugaan yang akan menimpan hubungan anda. Satu je kunci utama yang perlu anda kekalkan. Kepercayaan'. Memang sukar kita hendak mempercayai pasangan kita bila dah jauh. Tapi inilah yang dinamakan cinta. Apa guna Cinta kalau tidak ada kepercayaan. Anda harus cuba untuk mempercayai pasangan anda.
P/s: Bila pasangan sudah percaya pada anda 110%. Jangan pula anda memperdayakan mereka. Kalau itu terjadi, memang sukar untuk mendapatkan kembali kepercayanya terhadap anda. Fikirkanlah...

Kesetiaan
Tiada lain yang boleh diungkap. Kesetiaan amat penting untuk menjaga hubungan lebih2 hubungan jarak jauh. Maka, anda jadilah orang yang setia. Setia pada CINTA. Cinta yang satu. Satu kehidupan..

Ok. Itu je.. buat hari ni. Dr. Cinta dah penat menType.. hehe..

3 comments:

Chuu Muqhlis said...

jauh di mate dekat di hati
kuikui :P

Nesa Wazir said...

wah. nesa pun hbungan jarak jauh kot..bole dipraktikkan :D

antzgirl said...

chu: amboii.. terror naa.. bab2 nih ;p

nesa: InsyaAllah.. hehe ;D