Amboi korang, tengok je Tajuk Entry su ni. Baru nak singgah kat blog su eh.Harini su nak bagi korang burger free. Nak tak? Al-kisahnya, hari isnin lepas su diajak rakan pejabat pergi lunch kat Mc D, katanya dia dapat burger FREE. Wah! siapalah yang baik hati nak bagi burger percuma nih!! Dah sampai ke Mc D, dihulurnya sekeping kertas hitam putih. Aik...aik.. tak semena-mena macam blurr.. Apakah? bila dah tengok, tak berapa nak faham lagi.. Tapi macam ada gambar burger yang telah di fotostat je. Hurmmm ^-^'. Then, kawan su cakap, nanti dah sampai kaunter bagi je kertas ni. Aduh! bertambah blurr dibuatnya, rasa macam betul ke tidak ni. Semua orang duk tengok je kertas yang su lipat-lipat nih.
Turn su dah sampai, su bagi kertas yang di fotostat tadi. Pekerja tu senyum je. Suspen! Ingat ke dia nak cakap "Akak.. minta maaf ye, kupon yang berkaler je diterima." Ha Ha Abah KAU!! Makanan dah siap. Aik aik aik.. I order satu je Double Cheeseburger, macam mana boleh dapat 2 ni.!! Ececece.. buat-buat tak tau pulak, padahal sedang senang hati. Korang nak tau tak, apa yang ajaib ya kertas fotostat tadi. Haaaa!! tengok nih....
Gambar nilah yang boleh bagi korang Burger percuma. Tak perlu gunting suratkhabar atau majalah untuk dapatkan coupon ni. Fotostat sendiri pun boleh. Klik sini untuk dapatkan coupon yang lebih menyelerakan. Cepat-cepat! pergi print! dan fotostatkan untuk orang kampung sekali! Korang bolah berkampung dalam Mc D tu nanti. HAHAHA. 11hb -13hb Julai je coupun tu diterima. Maknanya hari ni last!
Tapikan kan.... itulah kali pertama su makan burger daging! (Double Cheeseburger) secara rela hati, sebab dapat FREE. Sebenarnya su tak boleh makan daging (lembu), bau daging buat su mual. Kalau daging yang telah dihiris nipis2 dan digoreng garing. Su boleh usaha untuk makan. Tapi kalau daging semacam daging, tak mahulah!!!! Alhamdullillah, perut tak buat hal. Agaknya perut suruh berjinak-jinak dengan daging kot. euw T__T
Walaupun muka ada sinyum, dalam hati meronta-ronta tak mahu makan daging. Tapi, tetap HABIS! HA HA



edit.jpg)
1 comments:
laa, x mkn daging rupanya..
Post a Comment