This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Rumah Terbuka 2010

Pejam celik. Dah hampir 2 minggu kita beraya. Last week, ari sabtu su ada wat rumah terbuka panggil kawan-kawan je. Buat di rumah KL. Menu hari tu, Roti Jala + Kari Ayam, nasi impit + kuah Kacang, mee goreng dan kek batik. Hampir semua menu tu, su buat sendiri, kecuali kuah kacang, main order je..yang paling membanggakan bila 1st time buat kari ayam. wah! menjadi. Haha. Teruja seketika.. Jumaat malam, baru sampai KL dari Kelantan aktiviti yang dilakukan masa tu. Mengemas, masukkan kuih raya dalam balang. Sampai pukul 4 pagi baru su tidur. Pagi Sabtu dah bangun kul 9, sambung menghidang dan memasak. Memang tak menang tangan masa nak buat kerja, yela.. masa tu bibik takda. Balik kampung beraya, so.. su sorang je kemas umah. Penat sangat!!
Dalam pukul 2 dah ada kawan2 su yang datang. Alhamdulillah hampir kesemua ornag yang su jemput. Hadir hari tu. Sampai malam ada lagi yang datang, last pukul 10 mlm. Then, rumah tertutup sudah! He he. Btw, su nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang, yang jauh, yang dekat, yang dah bertahun tak jumpa pun ada. Thanks taw!
Antara rakan-rakan yang sempat di 'snap' gambarnya. ;)







yang baju itam tu.. Tuan rumah ye
0 comments

Doktor CINTA

Demam + Batuk + Selesema. Hari ni mood tidak menyenangkan. Terasa nak tidur je sepanjang hari. Tak larat nak makan, nak mandi, nak berak, nak kencing, nak makan ubat, nak buat asgment, nak jalan, nak g kelas, nak drive..semua TAK LARAT.. Mana doktor CINTA saya? T__T
Haaaaaaachum!
0 comments

Jahanam!!

Sial!!! memang ah manusia mcm ni aku sumpah jadi lipas! biar aku boleh spray pakai ridsect, biar mati kejong! pastu aku pijak sampai lunyai! Pepagi ni, buat aku hangin. Dah la aku duk wat asgmnt sambil duk tunggu nak sahor ni. Baru je siap 1 asgment, niat nak anta by email. Boleh plak, bila bukak email je, aku nampk 1 mesej dari someone. Aku pun tak kenal dah, dari mana ntah datang. Mesej tu membuatkan mood aku berubah, memang mengjengkelkan betol! mcm nak berak jek atas kepala orang yang anta msg tu. Bajet Hebat! aku nak buat apa, aku punya sukalah! ko buat apa, ade aku kesah? pastu nak tuduh aku fitnah2 dia plak. Memang bullsh** $#@^&*^%.
Sah2 aku tak fitnah pon, Takde pon aku tuduh ko wat bende yang bukan2.. JAHANAM!
Engkau ngan kawan2 kau, sama jek perangai.. Dah la ganggu hidup aku tanpa izin, pastu nak rosakkan hidup aku plak. Korangnya hidup dah jahanam, jangan pulak nak jahanamkan hidup aku. Aku tak kawan ngan orang macam korang pun, aku tak rugi!! Aku tetap juga ada kawan2 aku, aku tetap ada keluarga. Engkau ada??

Apa yang Engkau duk bising-bising tu.. aku tak kata kat ko pun weyh! ada aku mention nama engkau ke? kalau takde, ko boleh BLAH!! ni bloq aku, suka suki aku la nak tulis apa.. Kalau tak senang? Ko bakar jek ko punya PC or Laptop! Pergi main jauh-jauh..syuh! syuh!
0 comments

Makan-makan

Hari ni, Tak de buat apa. Tido bangun, nonton TV. Tak kemana2 pun. Alhamdulillah hari ni cukup 2 hari dah puasa. Walaupun dugaan kat rumah ni.. Humanggaihh! Dorang makan ikot suka saja. Nasib su leh tahan. He he.. Dah seharian dirumah, baru Along ajak berbuka diluar. Makan di Chim chum, steambot dan bbq. Memang best, harga per person dalam RM13.90 without air, murahkan? memang berbaloi makan kat situ. Yang peliknya cara dia masak bukan pakai dapur elektrik tu, tapi pakai arang. Kalau lepas abis makan, confirm baju bau asap. Tapi disebabkan makanan kat sana best2, memang tak heengat apa dah. Ha ha..Selalu kalau su balik Kelantan sejak kebelakangan ni memang akan singgah situ.
2 in 1 okeh!

sapa dah siap makan dulu, kena gilir2 jaga baby Q.
0 comments

Raya ke-4

Hari ni su dah start puasa enam. Semua pelik kenapa cepat sangat puasa. Haha.. Time rajin dah sampai, macamni lah jadinya.. Hari ni rasa ngantuk sangat, bangun pagi tadi..pagi ke? Haha..tengahari kot? pastu mamai semacam. Dok main ngan anak buah su yang comel tu. Qaef rizq Hidayat. Lepas tu, keluarga ajak pergi jamuan makan kat rumah sedara, tapi su tak gi sebab takot terMakan nanti.Ha ha.. so, sekarang ngah duk sorang2 kat rumah diorang semua belum balik lagi.
Bosan sangat dah ni, layan internet ngan movie je sepanjang hari. Waktu nak berbuka dah tak berapa lama dahh. Maybe, masak telor goreng pastu makan makan ngan nasi dengan serunding daging.tuuu jek yang ada kat rumah.. Sob sob T__T

Edit - 12.20 a.m
Lepas berbuka tadi. Semua dah balik. Pastu, along ajak su keluar gi KB Mall. Lalulintas agak sesak, kalau time raya2 ni memang comfirm kelantan penuh dengan warga asing. Bukan warga Indonesia atau bangla ye, Ha ha..Maksud su, orang dari negeri lain. KL, Melaka, Johor dll. Sampai KB Mall, takde wat apa pun. Jalan-jalan dan adalah beli barang sikit. Dah kul 10.20mlm, papa duk call2 suruh cepat balik sebab nak ajak main Bunga Api, Hari2 Main benda alah tu.. pembekal nya pakcik din. Kalau ikutkan hati su, tak yah main pun takpe..membazir je. berhabis2 beli bunga api, 1 hari sampai RM100. Membazirkan? haa.. tapi takpe la. Bukan duit su.. Ha ha. Now, su nak sleep dah. T A T A~

with Qaef Rizq Hidayat my nephew

Dah layak jadi emak orng dah. Haha..
0 comments

Selamat Hari Raya '2010

Dah masuk raya ke-3 baru teringat akan blog su ni.. Rindu nak menulis, tapi malas giler nak menType! haha.. Apapun, sebelum terlambat.. su nak ucapkan kat semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Tahun ni su beraya di Kampung, Kota Bharu Kelantan. di rumah Along su. Suasana beraya tahun ni sama je dengan tahun2 yang sebelumnya, cuma ada beza sikit. Perasaan rasa kurang seronok, entah kenapa..Macam ada something yang tertinggal. Tapi su tetap raikan dengan biasa seperti sebelum ni. Raya pertama, pagi2 lagi dah pergi sembahyang raya ngan keluarga dekat area Mulong berhadapan dengan stesen minyak Caltex keluarga su. Lepas solat, mama dan papa bagi duit raya dekat kanak-kanak di Caltex, memang setiap tahun akan buat benda yang sama. Lepas da selesai bagi duit raya, su dan keluarga balik rumah nenek.Berkumpul dan bermaaf2an. Petang sikit, pergi ziarah saudara mara.
Raya ke-2, Rumah nenek ada buat rumah terbuka. Pergi sana sampai malam. Tak banyak aktiviti dilakukan pada hari tu.. Makan, tidur je ;)
Raya ke-3, Tak ke mana2..duk rumah je. bangun dari tidur rasa lapaaarrr. Masak telor goreng ngan ayam goreng. Superb! Duduk rumah sepanjang hari, lepas maghrib sedara mara datang rumah ajak main mercun. best juga. Tapi su tak layan sangat, tak berminat! Haha..Tu je la story, selama 3 hari beraya ni. Agak bosan disini sebab takde geng. Rasa tak sabar nak pulang ke KL. Jumpa kawan2 semua..
"Missing you" Selamat Hari Raya
0 comments

Gatal Tangan

Assalamualaikum.. pembuka bicara.. aiseyhh! gewdiks la kan.. nak bermadah2..Dah lama tak tulis blog sendiri, sampai rasa segan nak tulis. Hari ni entah kenapa rasa nak tulis blog, mungkin sebab tanganku gatal.. haha..Takde lah, ni sebab su rasa bosan tahap gaban. Haihh!
Sekian lama tak tulih blog ni, rasa nya ada hampir 1 tahun. Time nak raya baru nak update.haha..
Tadi pagi baru sampai KL, balik Kl pon sebab nak jumpa kawan2 dan pergi shopping raya. 1st day sampai umah, takde benda nak wat, nonton TV dan memfacebook je lah..Papa balik penang, adik su (rina) pergi keluar bersama kawan2 sampai berbuka puasa. Sekarang su duk sorang kat uma.. Dah tak tau nak berbuka apa ni, kereta dah takde gi anta ke bengkel tadi pagi. Godek2 dapor, jumpa bahan2 nak buat spegethi. Nasibb!! kalau tak, su minum air susu n makan kurma jek. Haaa! sudah time nak masak spegethi, nanti su update lagi.. heee~
Bahan2 yang su jumpa kat dapur untuk buat spegheti. Hampir Complete!

Taraaa! Asal boleh. Dah siap!!
0 comments