This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Nak shopping untuk DIA

 Buat pertama kali, nak buat announce di blog. Bahawasanya (ayat skema) su dah pregnant!
Dah lama juga, cuma sekarang baru rasa nak war-warkan di blog. Bukan apa, untuk kebaikan baby juga. Lagipun tak mahulah terlalu gembira bukan? sebab masih awal. Sekarang, baby dah makin besar. Alhamdulillah.. seronok bukan kepalang. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan ini bagaimana bila dapat tahu berita ni. Terkejut dan gembira. Terima kasih ya Allah!

Su nak cerita lebih pun, macam malas. Boleh? hehe.. Sekarang nak cerita pasal lain lah!
Tadi pergi jalan-jalan, dengan kata lain shopping. Pergi ke Qbay, untuk tengok barang-barang baby. Manalah tahu ade yang tercuit. Su cuma mampu tersenyum bila tengok barang-barang tu. INDAHnya! rasa tak puas bila tengok. Macam-macam ada! Adalah beli juga, tapi sikit je. Sebab masih fikirkan barang apa yang patut dibeli dulu. Jalan punya jalan, dah hampir 4jam su di Qbay. Penat tapi puas! Dapat cuci mata pun dah memadai.


Nota Cinta : Tak sabar nak shopping barang bayi secara berleluasa.
4 comments

Rindu rambut lama

Hari-hari bila sikat rambut, mesti terasa menyikat rambut yang panjang mengurai sampai ke pinggul. Malangnya rambut tu hanya tingal kenangan... Uwarggghhhh!! aku mula rindu pada rambut lama ku! Ramai yang menegur pasal rambut aku. Hahh! setiap kali orang tanya, aku jadi macam nak nangis pulak. Al- kisahnya, pada bulan Disember 2011 lepas sehari sebelum majlis persandingan di Kuala Lumpur, aku pergi ke salun tempat biasa aku pergi. Tapi tak pernah potong rambut pun kat situ, selalu cuci dan trim sikit-sikit je.

Nak jadi cerita, kali ni aku berani kan diri, aku minta nyonya tu potongkan SIKIT  dalam 2 inci, konon nya nak buat layer (gaya rambut bertingkat). Sebabnya masa majlis nanti, aku nak curl kan rambut. So nampak agak ayu la sikit bila rambut di tarik ke depan dengan alunan rambut yang bertingkat tersebut.. Kah Kah Kah.. Tapi malang tidak berbau..  nnyonya tu, starting potong rambut aku pendek terus.. Aku terkejut! Aku siap cakap kat nyonya tu, "Haiyooo... pendeknya auntie!..". Boleh tak dia cakap balik " tak la pendek lorh, u tengok dulu.. ini pon i potong sikit aja maa.." TAIK!!! aku dah mula hot n spicy! tapi.. dah potong separuh, nak tak nak.. biarkan jeklah nyonya tu belacankan rambut aku.. FRUST!! Tu lah kisahnya.. Sekarang duk bajet rambut masih panjang macam dulu... Huksssss.. T_______T

Rambut lama

Redha dengan rambut baru lah!~


Nota cinta : Biar pun rambut dah di potong sesuka hati, tetap ada orang sayang...(tetiba) BYE! 5 comments

Rindu

Tak keruan jadinya. Saya bernekad akan balik kelantan minggu ni. Gara-gara rindukan anak buah yang semakin membesar, bulan 3 ni genap umur nya 2 tahun. Bulan lepas dia datang ke KL, su pula di Penang. Tak sempat nak jumpa. sekarang rasa RINDU sangat! Q wait for Maklang keyh! Sambil-sambil tu boleh jalan-jalan cari makan. Yummy!

Mommy cakap, Q dah gi sekolah, betul ke? 

1st day nak ke sekolah ;D

3 comments

Syawal dah tiba..

Su tak sempat nak mengonline pun. Ni pun curi-curi masa jap. Sekarang dah berada di rumah mertua, tahun pertama beraya dengan suami dan berjauhan dengan keluarga. Sayuuuu.... Tapi kesibukan malam raya buatkan su tak terasa sangat. Suami pun selalu bawak pergi shopping raya, bertambah tak terasa lah ketiadaan keluarga. Itulah ubatnya.. HE HE. 

Persiapan raya sudah mencukupi. Alhamdulillah....
Korang macam mana raya tahun ni, berapa pasang baju raya? kuih raya berapa jenis?
Persiapan raya macam mana???

Su nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua, maaf zahir dan batin.
4 comments

Last day, beraksi...

My last Day Intern... 
Alhamdulillah.. selesai jua. Memang tak sabar nak habiskan latihan industri. Sebab, sangat penat membanting tulang kena buli oleh senior-senior ( saya redha T__T ). Su seronok bekerja kat sana, cume stress sikit, itu biasalah kan. Asalnya, su memang dah pernah buat latihan industri disana masa ambil diploma dulu. Tapi bezanya, dulu wat intern secara beramai-ramai. Sekarang sorang2 je. Memang sume keje kena buat sorang, PENAT seyh! Last Day, mood bekerja tak berapa menggunung. Tapi kerja yang tak berfaedah memang dialu-alukan pada masa tu. HAHA.. Su ngan syadah main mekap-mekap secara berleluasa di tempat masing-masing, kebetulan pula syadah memang jurusolek merangkap jurufoto, jadi dia nak lepas gian untuk menconteng muka su secara bebas.. Saya rela!!

Ini aktiviti berfaedah kami. Snap..snap..snap...



Yang paling best, editor su bagi kuih dan duit raya. $$$$

2 jejaka tersebut adalah mentor su , abg ujang dan abg zam.

Nota Cinta: Jangan lupa  dapatkan Majalah URTV versi raya ( cover Erra, Aaron,fiz0, Fouziah gous dan Mia Sara). Sebab apa? Heee... belilah dulu baru tahuuu. Yada yada!!! Terima Kasih Warga UKSB. Amuuuuahhh!
1 comments

Ramadhan yang Indah

Assalamualaikum semua? Sihat? Salam Ramadhan dan selamat menjalanai ibadah. Ramadhan yang begitu indah buat su tahun ini. Berpuasa, bersahur dan berterawih bersama suami. Sudah menjadi isteri orang, memang besar tanggungjawabnya. Tapi alhamdulillah.. segalanya indah dan mudah.. Semoga keindahan ini berkekalan hingga Akhir hayat. 

Cerita dibulan ramadhan.
  • Menyiapkan makanan bersahur. Sebelum ni tak pernah pon menjenguk dapur semasa sahur. Tiba-tiba makanan dah tersedia di meja. Sekarang, pagi-pagi dah bangun walaupun mata separuh je terbuka. Panaskan makanan yang dibeli semasa berbuka. (Iya!, saya mengaku tak pernah memasak lagi di bulan ramadhan ini, semuanya dibeli. HA HA) InysaAllah.. kelak
  • Memasak. Dulu mama dan bibik yang selalu masak. Saya tak endahkan pon mereka didapur, duduk di Hall sambil goyang kaki je. Sekarang saya selalu call mama untuk bertanyakan resipi  memasak. Alhamdulillah... Semua masakan, suami suka. LULUS! :)
  • Mengemas rumah. Perkara ni biasa saja. Dulu-dulu pon, sentiasa mengemas..Eceh! Cuma bezanya sekarang, suami menyepahkan, saya yang kemas. Tak adillah bukan!  T___T 
  • Menyiapkan pakaian. Pergi kerja, balik kerja, sebelum tidur dan selepas tidur, pakaian suami saya sediakan dulu, dari yang kecil hingga ke besar. HEE~ Rutin ini mudah.. Puas hati bila suami pakai apa yang dipilih oleh isteri! SUKA!

Nota Cinta: Nak berbuka makan apa eh hari ni.. Hem.. hemm.. 7 comments

Buy 1 get 1 Burger

Amboi korang, tengok je Tajuk Entry su ni. Baru nak singgah kat blog su eh.Harini su nak bagi korang burger free. Nak tak? Al-kisahnya, hari isnin lepas su diajak rakan pejabat pergi lunch kat Mc D, katanya dia dapat burger FREE. Wah! siapalah yang baik hati nak bagi burger percuma nih!! Dah sampai ke Mc D, dihulurnya sekeping kertas hitam putih. Aik...aik.. tak semena-mena macam blurr.. Apakah? bila dah tengok, tak berapa nak faham lagi.. Tapi macam ada gambar burger yang telah di fotostat je. Hurmmm ^-^'. Then, kawan su cakap, nanti dah sampai kaunter bagi je kertas ni. Aduh! bertambah blurr dibuatnya, rasa macam betul ke tidak ni. Semua orang duk tengok je kertas yang su lipat-lipat nih.

Turn su dah sampai, su bagi kertas yang di fotostat tadi. Pekerja tu senyum je. Suspen! Ingat ke dia nak cakap "Akak.. minta maaf ye, kupon yang berkaler je diterima." Ha Ha Abah KAU!! Makanan dah siap. Aik aik aik.. I order satu je Double Cheeseburger, macam mana boleh dapat 2 ni.!! Ececece.. buat-buat tak tau pulak, padahal sedang senang hati. Korang nak tau tak, apa yang ajaib ya kertas fotostat tadi. Haaaa!! tengok nih....

Gambar nilah yang boleh bagi korang Burger percuma. Tak perlu gunting suratkhabar atau majalah untuk dapatkan coupon ni. Fotostat sendiri pun boleh. Klik sini untuk dapatkan coupon yang lebih menyelerakan. Cepat-cepat! pergi print! dan fotostatkan untuk orang kampung sekali! Korang bolah berkampung dalam Mc D tu nanti. HAHAHA. 11hb -13hb Julai je coupun tu diterima. Maknanya hari ni last!

Tapikan kan.... itulah kali pertama su makan burger daging! (Double Cheeseburger) secara rela hati, sebab dapat FREE. Sebenarnya su tak boleh makan daging (lembu), bau daging buat su mual. Kalau daging yang telah dihiris nipis2 dan digoreng garing. Su boleh usaha untuk makan. Tapi kalau daging semacam daging, tak mahulah!!!! Alhamdullillah, perut tak buat hal. Agaknya perut suruh berjinak-jinak dengan daging kot. euw  T__T

Walaupun muka ada sinyum, dalam hati meronta-ronta tak mahu makan daging. Tapi, tetap HABIS! HA HA
1 comments